Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya Di Jelebu Dan Jempol

Diterbitkan: 10 Oct 2016 2.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Jelebu, 10 Okt 2016 - Empat maut dalam dua nahas jalan raya berasingan di Kuala Klawang dan Jempol di sini, manakala tujuh yang lain cedera.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-terkorban-dalam-nahas-jalan-raya-di-jelebu-dan-jempol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:45 MYT

Jelebu, 10 Okt 2016 - Empat maut dalam dua nahas jalan raya berasingan di Kuala Klawang dan Jempol di sini, manakala tujuh yang lain cedera.

Di Kuala Klawang, angka korban nahas meningkat kepada dua daripada seorang pada 5.20 petang semalam, manakala tujuh yang cedera dalam nahas jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di KM23 Jalan Seremban-Simpang Pertang, di sini, masih menerima rawatan lanjut di Hospital Jelebu dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Othman Basri berkata mangsa pertama, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim, 10 bulan yang menaiki Perodua Bezza maut ditempat kejadian manakala Halimah Ludin, 64, yang menaiki Proton Saga FLX meninggal dunia semasa
menerima rawatan di Hospital Jelebu.

"Siasatan awal kejadian mendapati kenderaan jenis Proton Saga FLX yang membawa empat penumpang dipandu Mohd Azrulnizam Azhari, 31, dari arah Seremban menghala ke Kuala Klawang cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal.

Kenderaan itu seterusnya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Hakim Mohd Maddin, 28, yang turut membawa empat penumpang. Urusan bedah siasat dijangka akan dijalankan hari
ini di Unit Forensik Hospital Jelebu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, di Jempol, sepasang suami isteri maut selepas kenderaan Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di Felda Palong 4 semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 3.35 petang itu, kereta yang dipandu Koperal Zahepul Bahari Nasir, 33, bersama isteri Rohaninya Rosli, 31, hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik dan kemudiannya melanggar lereng bukit yang terdapat di bahu jalan berkenaan.

"Anggota tentera itu dan isteri mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2016 2.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM