Seorang Daripada Tiga Lelaki Diburu Polis Berjaya Diberkas
Polis berjaya menahan seorang daripada tiga lelaki yang bertindak melarikan diri ketika cuba ditahan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di sebuah stesen minyak di Kuala Kedah kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan polis di sebuah hotel di Pulau Pinang pada pukul 4 pagi semalam.
“Hasil siasatan mendapati, suspek tinggal di Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 15 rekod pelbagai jenayah lampau termasuk jenayah kekerasan," katanya di sini semalam.
Sumber : Kosmo