Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Dalang Utama Macau Scam Disyaki Warga Tempatan

Diterbitkan: 20 Apr 2015 11.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 20 April - Polis sedang memburu dalang utama sindiket penipuan 'Macau Scam', susulan penahanan 52 warga China yang terlibat dalam sindiket itu pada 16 April lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-dalang-utama-macau-scam-disyaki-warga-tempatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:43 MYT

Kuala Lumpur, 20 April - Polis sedang memburu dalang utama sindiket penipuan 'Macau Scam', susulan penahanan 52 warga China yang terlibat dalam sindiket itu pada 16 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada kesemua suspek, yang mendakwa diperdaya oleh dalang skim itu yang merupakan warga tempatan.

Katanya kertas siasatan terhadap 52 warga China akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun kita masih menunggu laporan daripada pihak terlibat untuk siasatan seterusnya," katanya ketika ditemui Bernama pada Majlis Anugerah Cemerlang 2013/2014 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 16 April lepas, polis menahan 52 warga China yang dipercayai terlibatdalam sindiket penipuan 'Macau Scam' di enam buah kondominium mewah sekitar ibu negara.

Law pada sidang media memaklumkan penahanan itu pada 17 April lepas berkata hasil siasatan polis mendapati, kesemua 52 yang ditahan itu memasuki negara ini menggunakan visa sebagai pelawat dan diperdaya oleh sindiket yang menawarkan
pekerjaan baik di negara ini, dengan menjadikan mereka sebagai operator mengendalikan Macau Scam itu.

Sementara itu dalam kes berasingan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata pihaknya sedang mengesan kesemua suspek samun kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 10 April lepas.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kita masih lagi memburu mereka,"katanya.

Pada 10 April lepas, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2015 11.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM