Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan

Published: 12 Jun 2014 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bangsar, 4 Feb - 'Sekali menjadi polis, selamanya menjadi polis, walaupun selepas ini anda akan tamat pengajian, teruskanlah berbakti kepada polis dan negara,' ujar YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sentiasa-terap-jiwa-kepolisan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:44 MYT
Bangsar, 4 Feb - 'Sekali menjadi polis, selamanya menjadi polis, walaupun selepas ini anda akan tamat pengajian, teruskanlah berbakti kepada polis dan Negara," ujar YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub, Pengarah jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Bukit Aman, hari ini.

Beliau berucap sempena Seminar Pencegahan Jenayah Kampus Kor Suksis 1 Malaysia di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) yang julung-julung kali diadakan anjuran institut pengajian tinggi tersebut.

Seminar pada hari ini turut menyaksikan Majlis Pelancaran Program 'Volunteers Reaching The People' yang disempurnakan oleh Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub.

Program kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk 'Peranan Mahasiswa Dalam Membanteras Jenayah Kampus' oleh Encik Muhammad Sharif Pono, Timbalan Pengarah Keselamatan UM dan disusuli dengan sesi soal jawab serta majlis penyampaian cenderahati & sijil penghargaan. 

Majlis dilanjutkan ke sebelah petang dan turut hadir pada hari ini, YDH Senior DCP Datuk Seri Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH ACP Kehormat Prof. Datuk Dr. Rohana binti Yusof, Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar merangkap Komandan Kor Suksis UM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, pimpinan-pimpinan tinggi UM serta wakil-wakil media.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Antara peserta.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Antara peserta.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Bacaan doa.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Antara peserta.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Ucapan oleh YDH ACP Kehormat Prof. Datuk Dr. Rohana binti Yusof, Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar merangkap Komandan Kor Suksis UM.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Ucapan oleh YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub, Pengarah jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Bukit Aman.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Gimik pelancaran program "Volunteers Reaching The People".

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Penyampaian cenderahati.

Sentiasa Terap Jiwa Kepolisan
Gambar kenangan.
ArticlePublished 12 Jun 2014 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM