Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Senapang Tiruan Milik Geng 04 Dirampas

Published: 18 Jun 2014 1.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) telah menemui senapang menyerupai ‘shot gun’, ‘rifle bush-master’ dan ‘AK..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/senapang-tiruan-milik-geng-04-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:28 MYT

Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) telah menemui senapang menyerupai ‘shot gun’, ‘rifle bush-master’ dan ‘AK 47’ serta sebilah pedang daripada Geng 04 dalam serbuan ke sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam, tiga hari lalu.

Tiga daripada lima suspek adalah ahli Geng 04 berdasarkan tatu Swastika dan syiling Cina pada bahagian badan mereka. Siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata tiruan untuk melakukan jenayah di sekitar daerah ini. Kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Senapang Tiruan Milik Geng 04 Dirampas

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
ArticlePublished 18 Jun 2014 1.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM