Kuala Lumpur- Persatuan Pegawai Pangkat Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan PDRM telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Penyelia Cawangan Trafik dan Kereta Peronda di Kuala Lumpur International Hotel pada 2- 5 Disember 2007.
Seramai 220 peserta seminar yang hadir itu terdiri daripada Penyelia Cawangan Trafik dan Kereta Peronda yang dianggap barisan hadapan pasukan yang banyak berurusan dengan masyarakat.
Menurut Sub Insp. Jamal Abdullah, seminar tersebut sebagai suatu usaha pasukan mempertingkat serta memantapkan lagi pelaksanaan setiap penugasan yang dipertanggungjawabkan kepada cawangan itu.
"Melalui seminar ini adalah diharapkan akan meningkatkan lagi integriti Penyelia agar sentiasa bertanggungjawab untuk menentukan integriti anggota di bawah jagaan tidak dipersoalkan di samping berjaya mewujudkan keyakinan masyarakat terhadap penugasan Cawangan Trafik dan Kereta Peronda sebagai petugas kawalan lalulintas dan memerangi jenayah dengan lebih berkesan lagi", ujar Sub Insp. Jamal, yang turut dihadiri oleh ASP Osman Hj. Mamat Pegawai Turus Persatuan PDRM.
Di antara penceramah yang diundang ialah Dato' Abu Zubir Hj. Mahfod Pengarah BPR Kuala Lumpur, Tuan Hj. Mustafar Hj. Ali Tim. Pengarah IIM, Tuan Hj. Abdullah Ahmad Imam 1 Masjid Putrajaya, Dato' Mohd Shukri Hj. Dahlan Tim. Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, ACP Abu Bakar Johar Tim. Ketua Polis Perlis, Supt. Kamaruddin A. Aziz Urusetia KPN (Tatatertib) dan DSP Abd. Rahim Hamzah Othman PT Pentadbiran Bahagian Latihan Bukit Aman.
Turut menyampaikan ceramah ialah ASP Sivashakaran Nair Urusetia PS5T PDRM dan ASP Masrom Giran Cawangan Trafik Bukit Aman.
Majlis perasmian dan penutupan seminar disempurnakan oleh Dato’ Abdul Razak Hj. Bokhari pemangku Pengarah Pengurusan PDRM.
Ketika berucap di majlis tersebut, Dato' Abdul Razak, menyarankan agar seminar sedmikian dapat diteruskan termasuk diadakan di Sabah dan Sarawak.
"Saya amat menyokong seminar yang sedemikian. Ianya amat baik kepada semua pihak dan diharapkan dapat diadakan di Sabah dan Sarawak agar mereka juga diberikan pendedahan dan pengetahuan", kata Dato’ Abdul Razak ketika berucap di majlis tersebut sambil menyarankan PPRPD memperluaskan lagi skop seminar yang akan dianjurkan.
Dato Abdul Razak menyerahkan Sijil Penyertaan kepada wakil peserta seminar disaksikan oleh Sub Insp. Jamal Abdullah Presiden PPRPD Malaysia

Di antara peserta seminar yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh para penceramah yang di undang...