Tuanku Fauziah Ke Bukit Aman
Bukit
Aman - 6 Disember 2007. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti
Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis berkenan mencemar
duli berangkat ke Majlis Santapan Tengahari Bersama PERKEP Malaysia di
Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Keberangkatan
tiba Tuanku Fauziah telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Hj.
Hassan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Juriah Dato' Ahmad, Pengerusi
PERKEP Malaysia.
Di
atas berkenan Tuanku Fauziah berangkat ke majlis tersebut akan lebih
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak Istana Negeri
Perlis dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Keberangkatan..Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid,
Raja Perempuan Perlis berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis
Santapan Tengahari Bersama PERKEP Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit
Aman.