Seminar Non Conventional Threats Nct Cbrne Asia 2013
Seminar 'Non-Conventional Threats (NCT) CBRNe Asia 2013'
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
KUALA
LUMPUR - 26 September 2013. Bertempat di Dewan Utama Aloft Kuala Lumpur
Sentral Hotel petang tadi, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin,
Timbalan Ketua Polis Negara telah menutup Seminar ‘Non-Conventional
Threats (NCT) CBRNe Asia 2013', yang telah berlangsung pada 24 hingga 26
September 2013.
Seminar selama 3 hari ini, memberi kesedaran dan pengetahuan kepada peserta-peserta berkaitan ancaman senjata kimia, biologi, radioaktif, nuklear dan bahan letupan.
"Perbincangan pengalaman dalam menangani ancaman senjata kimia, biologi, radioaktif, nuklear dan bahan letupan termasuk ancaman keganasan militan serta perkongsian maklumat antara negara-negara, akan dapat memberi keamanan kepada seluruh dunia", antara intipati ucapan beliau.
Seminar tersebut dihadiri pegawai-pegawai tentera, tetamu-tetamu jemputan dan peserta-peserta dari seluruh Asia.
Turut
hadir, YDH SAC Datuk Tan Kok Liang, Timbalan Pengarah JSJ
(Forensik/Data Bank/DNA), YDH SAC Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay, SAC
Litupan Rangkaian Elemen Militan, Pasukan Petugas Khas, YDH SAC Dato'
Abdul Hamid bin Mohd Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan serta
Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Antara pameran sempena Seminar ‘Non-Conventional Threats (NCT) CBRNe Asia 2013'
Panel diskusi bertajuk 'Solving The Puzzle: AnIndustry Perspective On CBRNe Challenges'.
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara
Ucapan
penutupan Seminar 'Non-Conventional Threats (NCT) CBRNe Asia 2013' oleh
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara
Antara yang hadir...