Konvensyen Kik Peringkat Kdn Tahun 2013
Konvensyen KIK Peringkat KDN Tahun 2013
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
KAJANG -
29 September 2013. Buat julung kalinya, Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk
mengelolakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2013, melibatkan 26 kumpulan yang
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Teknikal (11 kumpulan) dan
Kategori Pengurusan (15 kumpulan)
Konvensyen KIK tersebut
telah berlangsung dari 26 September hingga 29 September 2013 di Ibu
Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kg. Sg. Merab, Kajang.
Sebanyak
6 kumpulan mewakili Polis Diraja Malaysia di Konvensyen KIK tersebut,
iaitu Kumpulan Target dari Briged Utara PGA, Perak, Kumpulan Sharktooth
Shooters dari Jabatan Logistik (Persenjataan), IPK Kedah dan Kumpulan
Bunga Api dari Jabatan Logistik (Persenjataan) Bukit Aman bagi Kategori
Teknikal.
Kategori Pengurusan pula diwakili oleh Kumpulan
Smart Cop dari IPD Subang Jaya, Selangor, Kumpulan Top Gear dari Jabatan
Logistik (Pengangkutan) Bukit Aman dan Kumpulan Kiri Kanan Bukit dari
Maktab PDRM Kuala Kubu Bahru.
Majlis Penutupan Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri
(KDN) Tahun 2013 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Daud bin Tahir,
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan(Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri.
"Cetusan
idea-idea yang kreatif dan inovatif oleh warga KDN dalam penubuhan
Kumpulan KIK ini dapat meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti KDN,
seterusnya dapat meningkatkan tahap penyampaian agar lebih cepat dan
berkesan, selari dengan konsep PCI, iaitu Productivity, Creativity,
Innovation dan juga konsep CTI, iaitu Cepat, Tepat dan Integriti",
ucapan oleh Y.Bhg Dato' Daud bin Tahir.
Tambah
beliau lagi, budaya inovatif dan kreatif perlulah diterapkan dalam
pemikiran dan tindakan sesebuah organisasi, agar ianya lebih cemerlang
dan menjana idea-idea baru dalam menyelesaikan masalah serta membuat
penambahbaikan selari dengan transformasi yang ingin dicapai oleh
kerajaan.
Turut
hadir di Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2013 ialah Y.Bhg.
Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),
Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Puan Sri Dato' Zuraidah binti Mohamed,
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, YDH CP Datuk Mortadza bin
Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC Dato' Shamsiah binti Mohd
Shariff, Ketua Pen. Pengarah (Penyelidik dan Pembangunan) Urus Setia
KPN, dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan peserta-peserta
KIK.
Ketibaan Y.Bhg Dato' Daud bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan(Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri
Antara yang hadir...
Ulasan Ketua Juri dan barisan juri...
Penyampaian Sijil Penyertaan...
Ucapan penutupan oleh Y.Bhg Dato' Daud bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan(Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri
Bergambar kenangan...
Lawatan ke pameran...