Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011

Published: 11 Jun 2014 5.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama PERKEP Malaysia telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Wanita 2011 bertempat di Hotel International, Kuala Lumpur, pada hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-kecemerlangan-wanita-tahun-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:58 MYT
Kuala Lumpur - 23 Jun 2011

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama PERKEP Malaysia telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Wanita 2011 bertempat di Hotel International, Kuala Lumpur, pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Harun, Pengarah Pengurusan BAKA PDRM diikuti dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang hubung kait dan peranan mereka dalam masalah kesihatan masa kini. Selain itu, ianya juga untuk melahirkan warga PDRM dan PERKEP yang celik perundangan keluarga Islam dan sentiasa memartabatkan Islam.

Turut hadir pada pagi ini, Y.Bhg. Datin Imran binti Ibrahim, Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia, Isteri-isteri Pengarah PDRM dan Ahli-ahli PERKEP Malaysia.

Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011
Nyanyian lagu Negaraku

Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011

Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011
Antara yang turut hadir Seminar pada pagi ini

Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011
Ucapan aluan oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Harun, Pengarah Pengurusan BAKA PDRM

Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011
Ucapan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia yang seterusnya merasmikan Seminar Kecemerlangan Wanita Tahun 2011

Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Fansus Jangor

Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArticlePublished 11 Jun 2014 5.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM