Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembunyi Dadah Dalam Bagasi Warga Afrika Ditahan

Published: 11 Jul 2014 2.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Berdasarkan pemeriksaan oleh pihak polis, suspek didapati telah menyembunyikan sejumlah 815 gram dadah syabu dalam batang besi kedua-dua beg troli yang dibawa oleh suspek..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembunyi-dadah-dalam-bagasi-warga-afrika-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:40 MYT
SEMBUNYI DADAH DALAM BAGASI, WARGA AFRIKA DITAHAN

Kuala Lumpur, 3 Julai – Taktik menyembunyikan dadah di dalam beg yang diubahsuai oleh seorang lelaki warga Afrika gagal apabila perbuatannya itu berjaya dihidu oleh pihak polis pada bulan lalu.

Suspek ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pemeriksaan dilakukan ke atasnya kerana berkelakuan mencurigakan.

Berdasarkan pemeriksaan oleh pihak polis, suspek didapati telah menyembunyikan sejumlah 815 gram dadah syabu dalam batang besi kedua-dua beg troli yang dibawa oleh suspek.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM122,250 dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengesan maklumat berkenaan aktiviti kurier dadah melibatkan warga asing ke negara ini.
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM