Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Ditahan Terlibat Judi Piala Dunia

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan dan Operasi Pahang, Supt Md Zamrie Mat Zanu berkata mereka yang berusia antara 24 hingga 52 tahun diberkas berasingan di sini dan Triang, Bera ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ditahan-terlibat-judi-piala-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:56 MYT
Kuantan, 24 Jun - Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat
dengan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia melibatkan wang pertaruhan RM37,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan dan Operasi Pahang, Supt Md Zamrie Mat Zanu berkata mereka yang berusia antara 24 hingga 52 tahun diberkas berasingan di sini dan Triang, Bera dalam Ops Soga pada Sabtu dan Ahad lepas.

Beliau berkata suspek ditahan di dua premis berasingan di sini antara pukul 2 hingga 3 pagi pada Sabtu manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di taman perumahan dekat Triang esoknya.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan modem wi-fi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pertaruhan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953. Beliau berkata sehingga kini sebanyak lapan orang yang terlibat dalam sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia diberkas di negeri ini sejak perlawanan berlangsung.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM