Sembilan
warga Vietnam serta seorang lelaki tempatan ditahan dipercayai terbabit
dalam 13 kes pecah masuk kilang dan samun sepanjang tahun ini dalam
tiga tangkapan berasingan.
Polis
merampas peralatan pecah rumah dan samun, antaranya empat parang
panjang, dua parang sederhana, sebilah pisau kecil, tiga pemutar skru,
satu kuku kambing dan dua besi yang di-simpan dalam beg sandang.
Turut
dijumpai satu topeng muka, sepasang sarung tangan, empat pita pelekat,
kabel nylon serta sehelai jaket berwarna hitam yang dipercayai digunakan
untuk kegiatan jenayah.
Semua
mereka ditahan sehingga 21 Disember depan manakala suspek tempatan
direman sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta
Bahan-bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki
senjata berbahaya di tempat awam.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Sembilan Warga Vietnam Ditahan
Sembilan warga Vietnam serta seorang lelaki tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam 13 kes pecah masuk kilang dan samun sepanjang tahun ini dalam tiga tangkapan berasingan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-warga-vietnam-ditahan
Scan to view the latest live version.