Sembilan Wanita Asing Ditahan Tiada Permit Kerja
Kuantan - Sembilan wanita warga asing berumur 21 hingga 41 tahun yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di dua pusat hiburan di bandar ini ditahan polis dalam Ops Cantas dan Ops Noda malam kelmarin.
Turut ditahan dua lelaki penjaga premis hiburan berumur 26 dan 33 tahun kerana menggaji warga asing yang tidak memiliki permit kerja.
Ketua
Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata,
sebanyak 10 buah premis hiburan diperiksa dalam operasi melibatkan 57
anggota.
