Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Cantas Bukti Kesungguhan Tangani Jenayah

Diterbitkan: 17 Jun 2014 9.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Operasi Cantas Khas yang bermula di Lembah Klang, kini dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia. la diterajui dua elemen utama JSJ, iaitu Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Bahagian Pencegahan dan Ta..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-bukti-kesungguhan-tangani-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

Operasi Cantas Khas (Total Enforcement) atau singkatannya Op Cantas Khas dilancarkan pada 17 Ogos 2013.

Operasi Cantas Khas yang bermula di Lembah Klang, kini dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia. la diterajui dua elemen utama JSJ, iaitu Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Bahagian Pencegahan dan Tahanan (D7). Operasi turut dibantu oleh sumber manusia dari keseluruhan bahagian di bawah JSJ serta pihak kontinjen, khususnya anggota lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) di mana operasi itu dilaksanakan.

Bagi memastikan operasi mendapat impak yang maksimurn, pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam operasi dilengkapkan dengan peralatan tempur yang bersesuaian termasuklah senjata, jaket kalis peluru dan topi besi. la bukan saja untuk menjaga keselamatan mereka semasa menjalankan pemeriksaan tetapi juga akan menggerunkan penjenayah dan mampu mengelakkan mereka daripada bertindak balas semasa diperiksa pasukan berkenaan.

Sepanjang operasi ini, beberapa sekatan jalan raya (SJR) turut dilakukan di lokasi dikenal pasti mempunyai kadar jenayah tinggi. Pemeriksaan rapi terhadap pemandu kenderaan serta penumpang dilakukan bagi mengesan penjenayah dan mereka yang dikehendaki.

Di samping itu, pemeriksaan teiiti juga dibuat merangkumi seluruh bahagian kenderaan bagi mengesan kewujudan senjata api atau senjata yang dijadualkan seperti pedang, parang, pisau atau besi tajam yang selalunya diguna untuk melakukan jenayah samun termasuklah peralatan pecah rumah.

Kejayaan PDRM menumpas lima penjenayah dalam kejadian berbalas tembak di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 19 Ogos 2013 membuktikan bahawa PDRM serius dalam menangani kes jenayah membabitkan penggunaan senjata api.

Kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan.

Op Cantas Bukti Kesungguhan Tangani Jenayah

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 9.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM