Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembilan Wanita Asing Ditahan Tiada Permit Kerja

Diterbitkan: 17 Jun 2014 9.28 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuantan - Sembilan wanita warga asing berumur 21 hingga 41 tahun yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di dua pusat hiburan di bandar ini ditahan polis dalam Ops Cantas dan Ops Noda malam kelmarin...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-wanita-asing-ditahan-tiada-permit-kerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

Kuantan - Sembilan wanita warga asing berumur 21 hingga 41 tahun yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di dua pusat hiburan di bandar ini ditahan polis dalam Ops Cantas dan Ops Noda malam kelmarin.

Turut ditahan dua lelaki penjaga premis hiburan berumur 26 dan 33 tahun kerana menggaji warga asing yang tidak memiliki permit kerja.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, sebanyak 10 buah premis hiburan diperiksa dalam operasi melibatkan 57 anggota.

Sembilan Wanita Asing Ditahan Tiada Permit Kerja

Sumber : Keratan Akhbar KOSMO
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 9.28 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM