
Artikel
#SembangTrafik AKSI ALA “SUPERMAN” DI JALAN RAYA YANG SIA-SIA, AKHIRNYA MEMBAWA PADAH
Perbuatan aksi lagak ngeri dan berbahaya ala “superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya demi mencari kepuasan hid...
Perbuatan aksi lagak ngeri dan berbahaya ala “superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya demi mencari kepuasan hidup terus berlaku. Sedarkah mereka bahawa perbuatan tersebut bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain?
Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.
#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30102022