
Artikel
Kpn Iring Pm Rasmi Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang Di Sasicc
Kuantan, 29 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob me...
Kuantan, 29 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Pahang Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), di sini, pagi tadi.
Program tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Bertemakan 'Keluarga Malaysia Teras Pertahanan Negara', program gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Sallehuddin Ishak.
Pelbagai aktiviti rakyat pula dianjurkan di perkarangan Stadium Darul Makmur bermula hari ini sehingga 30 Oktober depan, dengan penglibatan bersama agensi kerajaan dan swasta. Antaranya, pameran Kapsul Keluarga Malaysia, persembahan kebudayaan, jualan produk-produk makanan dan agro pertanian serta banyak lagi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan juga tidak ketinggalan menyediakan kaunter semakan serta pengurangan saman sehingga 50 peratus terhadap beberapa kesalahan trafik terpilih.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Hj. DS Ismail Mohamed Said, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.