Sembahyang Keagamaan Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
PULAPOL Kuala Lumpur - 27 Mac 2010. Sembahyang Keagamaan Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 Tahun telah diadakan di Kuil Sri Muneeswarar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, bermula pada jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Majlis ini adalah anjuran Unit K9, PULAPOL Kuala Lumpur.
Tetamu istimewa yang hadir ialah YDH SAC I Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor dan isteri.
Turut hadir ialah ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam, Ketua Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik JSJ yang juga Pengerusi Sembahyang Keagamaan Hindu dan isteri,DSP Vignesvaran a/l Velautham Ketua Unit K9, serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM yang beragama Hindu.

YDH SAC I Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor dan isteri memohon restu dan memulakan upacara 'Pooja'.

Untuk diberkati, Sami memberikan 'kalengga' kepada semua yang hadir

Dari kanan...DSP Vignesvaran a/l Velautham, ACP Kumaran a/l Karuppannan, ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam
dan YDHSAC I Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor bersama isteri masing-masing.

SAC I Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa