Sentul - 27 Mac 2010. Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah mengadakan pameran dan kaunter pendaftaran Rakan Cop di Pusat Rukun Tetangga Kg. Batu Muda, Daerah Sentul KL sempena Program JIRANKU KELUARGAKU
Pameran ini adalah anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Batu Muda Jinjang dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional Daerah Sentul, WPKL (Jabatan Perdana Menteri).
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri). Hadir sama ialah Inspektor Nuslan sebagai wakil Ketua Polis Daerah Sentul, SM Mohd Nor, Timbakan Ketua Polis Balai Jinjang, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Kampung Batu Muda serta penduduk setempat.
YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah merasmikan Pusat Rukun Tetangga dan di dalam ucapan perasmian YB Senator telah menyarankan kepada semua yang hadir khususnya belia-belia kawasan tersebut supaya tidak melibatkan diri dalam pelbagai gejala yang tidak sihat. YB Senator juga memberitahu supaya menjauhi huruf R yang tidak baik seperti Ragut, Rompak danRogol.
Sempena program tersebut pelbagai acara telah dijalankan seperti Sukaneka, Senam Seni, Pertandingan Karaoke dan sebagainya. Selain pihak polis, agensi lain juga turut terlibat di dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut telah berlangsung dengan begitu meriah dan menerima sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah hadir di majlis Program Jiranku Keluargaku.

Gerai Pameran Rakan Cop menjadi tumpuan penduduk setempat

YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon meluangkan masa melawat gerai-gerai pameran
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Jiranku Keluargaku
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jiranku-keluargaku
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.