Artikel
Sembahyang Agama Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun
Majlis keagamaan dimulakan dengan upacara Sangu Abhishegam dan seterusnya Pooja yang disertai oleh pegawai, anggota dan juga masyarakat setempat..
Brickfields, Kuala Lumpur - 1 April 2011. Sembahyang Keagamaan Hindu
Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun telah berlangsung di Kuil Sri
Kandaswamy, Brickfields,Kuala Lumpur, bermula pada jam 3.00 petang
hingga 9.00 malam.
Tetamu istimewa yang hadir pada malam ini ialah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara yang telah meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Sembahyang Keagamaan Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun.
Turut mengiringi beliau ialah YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam), YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Turut hadir ialah YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Ketua Pen. Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan), YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam, Ketua Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik JSJ yang juga Pengerusi Sembahyang Keagamaan Hindu serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM yang beragama Hindu dan juga masyarakat setempat.
Majlis keagamaan dimulakan dengan upacara Sangu Abhishegam dan seterusnya Pooja yang disertai oleh pegawai, anggota dan juga masyarakat setempat. Setelah selesai upacara keagamaan, semua tetamu yang hadir beredar untuk majlis makan malam yang turut disertai oleh YDH Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah PDRM.

Kuil Sri Kandaswamy yang terletak di Jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur
Gambar sekitar majlis keagamaan

Majlis Makan Malam

YDH Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai Kanan beragama Hindu

Seorang tetamu menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara, berupa sebuah buku bertajuk ' The Author Of Law Book'

Beramah mesra dengan pegawai-pegawai yang hadir sebelum meninggalkan majlis...

YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam bergambar kenangan bersama yang hadir...
Wartawan / Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin