Kota Kinabalu, Sabah - 6 April 2008. 'Menuju Medan Bakti', seramai 140 orang pegawai dan anggota dari Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) termasuk 4 pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia berlepas ke Timor Leste dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu Sabah.
Diketuai oleh DSP Toipi Lamat dan dibantu oleh ASP Syed Ahmad Tajuddin Syed Mohamad, Briged Sabah PGA akan mengambil alih tugas daripada Briged Sarawak PGA menerusi Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu selama 6 bulan di Timor Leste.
Pemergian Briged Sabah PGA ke Timor Leste sebagai UNMIT itu adalah misi kelapan PDRM, merupakan pengiktirafan tertinggi kepada Briged Sabah PGA.
Istiadat Menuju Medan Bakti telah diraikan oleh YDH Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA dan dihadiri sama YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH Datuk Ab. Razak bin Ab. Ghani, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH Dato' A. Paramasivam, Komander Briged Sabah PGA, para pegawai-pegawai kanan, anggota serta ahli keluarga PDRM. Y.Bhg. Datuk Illyas bin Ibrahim, Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu juga turut hadir menyaksikan majlis yang bersejarah itu.

YDH Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA mengucapkan selamat jalan kepada ASP Syed Ahmad Tajuddin Syed Mohamad

Bersalaman dengan anggota yang bertugas untuk Misi Pengaman PBB di Timor Leste

Selamat Jalan dan Selamat Bertugas...

Sedih...Ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir untuk menghantar dan mengucapkan selamat jalan...
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Briged Sabah Pga Ke Timor Leste
'Menuju Medan Bakti', seramai 140 orang pegawai dan anggota dari Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) termasuk 4 pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia berlepas ke Timor Leste..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/briged-sabah-pga-ke-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.