Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Semangat Polis Si Darah Muda

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Gabungan ahli kadet polis yang terpilih daripada beberapa buah sekolah dari daerah Batang Padang, Perak dan Jasin, Melaka...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semangat-polis-si-darah-muda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:12 MYT
Bukit Aman,10 November 2011 - Seramai 107 ahli Kadet Polis bersama guru pengiring dari Batang Padang, Perak dan Jasin, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Bukit Aman pagi tadi.

Ahli Kadet Polis ini merupakan gabungan Kadet Polis yang terpilih daripada beberapa buah sekolah dari daerah Batang Padang, Perak dan Jasin, Melaka.

Seramai 33 orang ahli Kadet Polis bersama dengan 5 orang guru pengiring daripada Daerah Batang Padang telah hadir manakala Daerah Jasin pula telah menghantar 50 orang ahli Kadet Polis dan 19 orang guru pengiring yang turut di iringi oleh ASP Jasmani bin Othman Ketua Bahagian Pentadbiran Daerah Jasin bersama 8 orang anggota polis.

Lawatan hampir sejam itu diisi dengan sesi taklimat oleh ASP Foo Chek Seng, Pegawai dari Urus Setia KPN (Perhubungan Awam) Bukit Aman,  mengenai kerjaya dalam PDRM dan pencegahan gejala sosial di kalangan remaja.

Taklimat dimulakan dengan sejarah awal polis serta pengenalan kepada cawangan-cawangan yang terlibat dalam organisasi PDRM dan tugas-tugas hakiki yang dijalankan oleh anggota polis bagi memupuk minat yang lebih mendalam dalam bidang kepolisan. 

Mereka turut diberi motivasi agar menjadi ahli kadet polis yang terbaik dengan menjadi contoh kepada rakan sebaya dan secara tidak langsung membawa nama baik pasukan.

Ahli Kadet Polis ini juga di berikan tips-tips yang berguna apabila berada dalam situasi-situasi jenayah yang mencabar sebagai persediaan bagi mereka apabila berhadapan dengan situasi-situasi berkenaan terutamanya jenayah-jenayah jalanan yang semakin meruncing.


Semangat Polis Si Darah Muda
Semangat Polis Si Darah Muda
Semangat Polis Si Darah Muda
Semangat Polis Si Darah Muda
Antara yang hadir...guru pengiring dan ahli Kadet Polis

Semangat Polis Si Darah Muda
Penyelia yang menyertai rombongan lawatan

Semangat Polis Si Darah Muda
Semangat Polis Si Darah Muda
Ceramah yang dikendalikan oleh Pegawai Urus Setia KPN (Perhubungan Awam) ASP Foo Chek Seng

Semangat Polis Si Darah Muda
Bergambar kenangan

Semangat Polis Si Darah Muda
Semangat Polis Si Darah Muda
Jamuan ringan yang disediakan di Dewan Banquet, Tingkat 1  Bukit Aman


Wartawan   : Konst Muhammad Iqtar bin Azmi
Jurufoto     : Konst Santher Kumar a/l Sehgar & Konst Muhammad Iqtar bin Azmi
Penyunting  : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM