Pegawai Anggota Briged Tengah Pga Ke Misi Pbb Mal Fpu Timor Leste
Utamakan 4P Dalam Penugasan Di Perantauan
Cheras, 9 November -
"Saya berharap tuan-tuan akan mengamalkan konsep 4P yang diperkenalkan
oleh YDH Ketua Polis Negara dalam menjalankan tugas di perantauan orang
kerana sesungguhnya ianya adalah bermatlamat untuk memastikan seluruh
warga PDRM memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat
tempatan, sekaligus menjadi perlindung kepada rakyat di Timor Leste
dengan perkhidmatan yang cemerlang dan proaktif dalam menjalankan segala
tugasan yang diberi oleh pihak atasan demi untuk mengekalkan keamanan
dan kesejahteraan di sana," ujar YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis dalam ucapannya sempena Majlis Sending Off
Pegawai/ Anggota MAL-FPU Briged Tengah PGA Dan Pasukan Perubatan ATM Ke
Misi Pengaman PBB Timor Leste, malam tadi.
Majlis
yang diadakan di Dewan Serbaguna, Markas Briged Tengah PGA, Cheras ini
adalah untuk merestui penghantaran rombongan seramai 140 orang pegawai
dan anggota termasuk seorang doktor dan tiga pembantu perubatan daripada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke United Nations Integrated Mission In
Timor-Leste (UNMIT).
Dalam
pada itu, beliau turut berpesan kepada rombongan tersebut agar sentiasa
mengamalkan kualiti disiplin di tahap yang tertinggi dan mempamerkan
nilai-nilai integriti sepanjang penugasan di sana kelak.
Utamakan Keselamatan Diri
"Laporan
keadaan semasa di Timor Leste sekarang ini dikatakan stabil tetapi
masih terdapat tindakan puak-puak pemberontak yang cuba untuk merampas
kuasa serta menggulingkan kerajaan yang sedia ada dan untuk makluman
anda, kerajaan Timor Leste akan mengadakan Pilihanraya Presiden dan
Pilihanraya Umum yang dijangkakan pada bulan Mac dan Mei 2012",
tambahnya lagi.
Sehubungan
itu menurutnya, tindakan berwaspada dan berjaga-jaga haruslah diambil
dalam apa-apa jua situasi yang berlaku pada masa itu dan dan mereka
(rombongan UNMIT) diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan mereka
kelak.
Satu Lagi Kerjasama Berterusan Bersama ATM
YDH Dato'
Sri Khalid sebelum ini juga sempat merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan atas sokongan pemergian
rombongan ini dan juga kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
khususnya kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM.
Seorang
doktor dan tiga pembantu perubatan daripada ATM yang turut menyertai
rombongan ini juga adalah simbol kerjasama PDRM dan ATM yang diharap
akan terus diimplementasikan sehingga masa akan datang dengan satu
objektif murni mempertahankan negara daripada ancaman dari dalam dan
luar negara.
Turut hadir pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, Y.Bhg Dato' Dr. Yaacob bin Koming, Pengarah Perubatan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan ATM, tetamu-tetamu jemputan dan wakil-wakil media.

Seramai 140 orang pegawai dan anggota termasuk seorang doktor dan tiga pembantu perubatan daripada Angkatan Tentera Malaysia siap sedia untuk bertugas ke Misi Pengaman PBB di Timor Leste

Menunggu ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara...

Komander MAL-FPU Briged Tengah PGA, DSP Mohd Taufik bin Maidin

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA....

DSP Mohd Taufik bin Maidin melaporkan kehadiran, sejurus ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Bacaan doa...semoga perjalanan pergi dan balik dengan selamatnya.

Ucapan dan amanat oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar...

Penyematan lencana oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada Komander MAL-FPU Briged Tengah PGA

Penyematan Lencana Jalur Gemilang...

Maruah Negara...Penyerahan Jalur Gemilang kepada DSP Mohd Taufik bin Maidin

Melafazkan ikrar Misi PBB yang di ketuai oleh DSP Mohd Taufik bin Maidin...

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani Ikrar Misi PBB

Ikrar antara Komander MAl-FPU Briged Tengah PGA dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Nyanyian lagu Tegas, Adil & Berhemah dan Polis Sedia Berkhidmat
Antara keluarga yang hadir...




Hadirin dihiburkan oleh 'Band' Briged Tengah PGA...
Ramah Mesra...Selamat Jalan








Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan