Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011
Bukit Aman, 13 Sept. 2011 -
"Adalah menjadi amalan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri setiap tahun. Pada hemat saya,
banyak kelebihan dan manfaat yang dapat diambil daripada penganjuran
majlis seperti ini. Pada asasnya, semangat kekeluargaan akan berputik
dalam keadaan di mana wujudnya sifat dan sikap hormat menghormati antara
satu sama lain, bantu membantu, menghargai, selain memberi penghargaan
ke atas setiap amalan baik, bertolak ansur, mempamerkan ketelusan,
keamanahan serta kejujuran dalam semua aspek kehidupan", ujar YDH CP
Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik, sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik tahun 2011.
Dalam
ucapan, beliau turut mengingatkan kepada semua agar tidak lupa kepada
mereka yang kurang bernasib baik, menghulurkan pertolongan kepada
anak-anak yatim, balu-balu polis dan orang-orang kurang
bernasib baik supaya mereka juga dapat menyambut hari lebaran dalam
suasana yang penuh kegembiraan. Yang penting, semua lapisan masyarakat
dapat menikmati bersama kejayaan dan juga kesyukuran di hari yang mulia
ini.
Turut
hadir di majlis tersebut, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Mantan Pengarah JSJN, Dato' Abang
Wahap bin Haji Abang Julai dan Dato' Mamat bin Talib, YDH DCP Dato'
Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia, YDH Timbalan-timbalan
Pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Komander-komander
Briged, Pegawai Kanan Polis dan Anggota Polis serta Kakitangan Awam
PDRM.

Ketibaan Mantan Pengarah JSJN Y.Bhg Dato' Abang Wahap bin Abang Julai.

Ketibaan YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia.

Ketibaan wakil-wakil kedutaan di Malaysia.

Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Ucapan alu-aluan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.


Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor & Konts. Santher Kumar
Penyunting : L/Kpl Edwin Indo