Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Adalah menjadi amalan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menganjurkan majlis sambutan aidilfitri setiap tahun. Pada hemat saya, banyak kelebihan dan manfaat yang dapat diambil daripada penganju..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semangat-kekeluargaan-mengukuhkan-perpaduan-sempena-sambutan-hari-raya-jsjn-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:16 MYT

Bukit Aman, 13 Sept. 2011 - "Adalah menjadi amalan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri setiap tahun. Pada hemat saya, banyak kelebihan dan manfaat yang dapat diambil daripada penganjuran majlis seperti ini. Pada asasnya, semangat kekeluargaan akan berputik dalam keadaan di mana wujudnya sifat dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain, bantu membantu, menghargai, selain memberi penghargaan ke atas setiap amalan baik, bertolak ansur, mempamerkan ketelusan, keamanahan serta kejujuran dalam semua aspek kehidupan", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tahun 2011.

Dalam ucapan, beliau turut mengingatkan kepada semua agar tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik, menghulurkan pertolongan kepada anak-anak yatim, balu-balu polis dan orang-orang kurang bernasib baik supaya mereka juga dapat menyambut hari lebaran dalam suasana yang penuh kegembiraan.  Yang penting, semua lapisan masyarakat dapat menikmati bersama kejayaan dan juga kesyukuran di hari yang mulia ini.

Turut hadir di majlis tersebut, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Mantan Pengarah JSJN, Dato' Abang Wahap bin Haji Abang Julai dan Dato' Mamat bin Talib, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Komander-komander Briged, Pegawai Kanan Polis dan Anggota Polis serta Kakitangan Awam PDRM.

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011
Ketibaan Mantan Pengarah JSJN Y.Bhg Dato' Abang Wahap bin Abang Julai.

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011
Ketibaan YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia.

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011
Ketibaan wakil-wakil kedutaan di Malaysia.

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011
Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011
Ucapan alu-aluan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011

Semangat Kekeluargaan Mengukuhkan Perpaduan Sempena Sambutan Hari Raya Jsjn 2011

Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor & Konts. Santher Kumar
Penyunting : L/Kpl Edwin Indo
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM