Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seludup Dadah Dalam Pam

Published: 12 Jun 2014 7.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur International Airport (JSJN KLIA) telah menahan 2 suspek lelaki Cina tempatan berumur 36 dan 66 tahun yang baru sampai dengan pesawat penerbangan dari lu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seludup-dadah-dalam-pam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:59 MYT
Bukit Aman, 12 Julai 2013 – Pada 10 Julai yang lepas pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur International Airport (JSJN KLIA) telah menahan 2 suspek lelaki Cina tempatan berumur 36 dan 66 tahun yang baru sampai dengan pesawat penerbangan dari luar negara. Susulan dari penahanan ini pihak polis berjaya menemui sebuah beg yang ditinggalkan di hadapan sebuah premis kedai di dalam KLIA yang mengandungi 12 bungkusan plastik bertulis "Guanyingwang Refined Chinese Tea" dan 1 bungkusan plastik bertulisan Cina yang mana didapati setiap bungkusan plastik tersebut mengandungi 1 peket lutsinar berisi dadah jenis Syabu. Jumlah berat dadah yang dijumpai ialah 12.7kg. 

Pada keesokan harinya polis merampas lagi 2 buah beg yang turun dari pesawat yang sama dan tidak dituntut. Hasil dari pemeriksaan polis berjaya menjumpai 34 peket dadah jenis Syabu dengan jumlah 34.5kg dalam bungkusan plastik bertulis "Guanyingwang". 

Dalam kejayaan yang kedua pula pada 10 Julai yang lepas pihak JSJN Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki Cina tempatan berumur 40 tahun di tempat letak kereta sebuah bangunan di Damansara. Susulah daripada tangkapan, sebuah premis di Kinrara, Puchong telah diserbu dan hasil dari serbuan pihak polis telah menjumpai 81 gram heroin dalam sebuah pembersih vakum dan turut menjumpai 417 unit bahagian motor dan 423 bahagian atas 'centrifugal pump' yang terdapat kesan-kesan serbuk dadah jenis heroin. Turut dijumpai ialah beberapa guni dan plastik berisi silinder dan kepingan logam. Polis mendapati sindiket ini memasukkan dadah jenis heroin ke dalam bahagian mesin 'centrifugal pump' sebelum diseludup ke luar Negara. 

Kesemua suspek yang ditangkap kini ditahan reman untuk siasatan di bawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan. Nilai harga pasaran dadah yang dirampas adalah dianggarkan lebih kurang RM 8.5 juta.

Seludup Dadah Dalam Pam
Bungkusan dadah jenis Syabu.

Seludup Dadah Dalam Pam
Datuk Noor Rasid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama Pegawai penyiasat bergambar bersama barang kes.

Seludup Dadah Dalam Pam
barang kes.

Seludup Dadah Dalam Pam
Bahagian motor ‘centrifugal pump’ yang digunakan untuk mengisi dadah jenis heroin.

Seludup Dadah Dalam Pam
bahagian motor ‘centrifugal pump’.

Seludup Dadah Dalam Pam
Datuk Noor Rasid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama Pegawai penyiasat bergambar bersama barang kes.
ArticlePublished 12 Jun 2014 7.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM