DAMANSARA, 12 JULAI- Penugasan anggota-anggota keselamatan terus
dihargai, lebih-lebih lagi apabila bertugas di hari lebaran, di mana
sanak-saudara terpaksa ditinggalkan demi untuk memastikan kesejahteraan
dan keamanan tanah air terjaga.
Saban tahun,bagi mengurangkan sedikit kesedihan ini, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah mengadakan majlis pembungkusan dan penyerahan sumbangan hari raya kepada pasukan-pasukan keselamatan negara.
Hari ini bertempat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, telah berlangsung Majlis Pembungkusan Hari Raya Aidilfitri Untuk Pasukan Keselamatan Negara oleh ahli-ahli BAKTI dan turut dibantu oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), AngkatanTentera Malaysia (ATM),Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS.
Sejumlah 49,300 kotak disediakan pada tahun ini untuk diagihkan kepada PDRM (25,000 kotak), ATM (20,000 kotak) dan APMM (4,300 kotak).
Majlis penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri akan dirasmikan oleh Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI di Dewan Bankuet Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 15 Julai 2013 ini.
Sekitar program...

Ucapan daripada Y.Bhg Datin Paduka Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI...

bacaan doa daripada ASP Napri Sahlan, ASP Kebajikan PDRM...

Majlis pada hari ini turut meraikan ulang tahun kelahiran Tun Dr. Siti Hasmah...