'Selaut Jasa Segunung Budi'
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
BUKIT
AMAN - 30 November 2012. "Khidmat bakti, pengorbanan dan kesetiaan
serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada negara dan pasukan selama
ini, amat tidak ternilai dan sukar dibalas dan diucapkan melalui
kata-kata. Cukuplah kalau saya mengungkapkan bahawa negara dan pasukan amat terhutang budi kepada tuan-tuan dan puan-puan", ucap YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Majlis 'Selaut Jasa Segunung Budi' pada malam ini di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman adalah untuk meraikan persaraan seramai 78 orang Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Bukit Aman.
Amanat
YDH Ketua Polis Negara kepada pesara dan akan bersara, "Carilah hala
tuju baru dalam kehidupan selepas meninggalkan pasukan, tinggalkan
pasukan secara terhormat atau 'gracefully', nasihatilah rakan-rakan yang masih berkhidmat, janakan minda dengan menambah ilmu pengetahuan dan menajamkan pemikiran serta peloporilah apa-apa bidang yang kita tidak dapat tumpukan semasa berkhidmat".
"Selama
30 tahun lebih berkhidmat dalam pasukan, pasukan Polis ini telah
mengajar kami erti kehidupan yang sebenar, walaupun telah meninggalkan
pasukan, hati dan perasaan kami seolah-olah masih lagi bersama pasukan
Polis", ucap Tuan Dorairajah a/l R. Nathan yang mewakili rakan-rakan
persaraan.
"Segala apa yang telah kami lalui, semasa berkhidmat
dalam pasukan polis sebelum ini, akan kami jadikan sebagai pedoman dan
panduan kepada kami semua. Disiplin dan peraturan yang kami peroleh dari
pasukan, akan tetap kami praktik dan akan menjadi asas pegangan kami
dan kami semua akan terus dan tetap menyokong apa sahaja program yang
dianjurkan PDRM, demi untuk melihat pasukan Polis Diraja Malaysia
bertaraf dunia", tambah beliau lagi.
Hadir di majlis yang meriah
pada malam ini ialah YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati
binti Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia serta Puan Sri Datin Sri Imran
binti Ibrahim, Naib pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Dato' Sueb bin
Abdullah, mantan Timbalan Pengarah II (Operasi) Jabatan KDN/KA serta YDH
Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM dan Pegawai Kanan PDRM.
Antara pesara yang hadir di Majlis 'Selaut Jasa Segunung Budi'
Penyambut tetamu...
Ketibaan...
Pengacara majlis 'Selaut Jasa Segunung Budi'
Nyanyian lagu 'Negaraku'
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara
Ucapan balas oleh Tuan Dorairajah a/l R. Nathan yang mewakili rakan-rakan persaraan.
Sepanjang majlis 'Selaut Jasa Segunung Budi'
Penyampaian cenderahati dan Sijil Penghargaan
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Selaut Jasa Segunung Budi
Carilah halatuju baru dalam kehidupan selepas meninggalkan pasukan, tinggalkan pasukan secara terhormat atau 'gracefully', nasihatilah rakan-rakan yang masih berkhidmat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selaut-jasa-segunung-budi
Scan to view the latest live version.