Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kalangan mereka didapati memiliki visa penuntut, memiliki pasport yang meragukan malah ada di antara mereka telah berkahwin dengan warganegara tempatan. Kesemua mereka yang ditangkap berumur antara 24..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-seludup-dan-edar-dadah-tumpas-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:15 MYT
Oleh : L/Kpl Edwind Indo

Bukit Aman, 4 Disember – Hasil dalam satu operasi terancang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang dengan tertangkapnya 6 lelaki warganeraga Nigeria termasuk ketua sindiket dan seorang wanita Thailand. Kesemua mereka diberkas di beberapa apartment sekitar Puchong, Selayang dan Kota Damansara.

Kalangan mereka didapati memiliki visa penuntut, memiliki pasport yang meragukan malah ada di antara mereka telah berkahwin dengan warganegara tempatan. Kesemua mereka yang ditangkap berumur antara 24 – 48 tahun. Kesalahan disabit mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Rawatan Dan Pemulihan) 1952.

Sejumlah 4.9 KG dadah Heroin dan 85.5 GM Syabu berjaya dirampas. Sindiket pengedaran ini turut terlibat dalam pasaran luar negara dengan mempunyai ahli-ahli rangkaian seperti India, Pakistan, China, Indonesia dan Vietnam.

"Dengan kejayaan terbaru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang aktif di negara ini", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Turut hadir Pegawai Kanan Polis dan rakan media. Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
Dadah jenis Heroin yang telah dirampas

Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
Dadah jenis Syabu yang telah dirampas

Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
Antara Pegawai Kanan Polis dan Rakan Media yang hadir

Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan dadah yang dirampas
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM