Selangor Juara Kejohanan Hoki Lelaki Piala Kpn 2012
Negeri
Sembilan, 12 Mei 2012 - Hari ini telah berlangsung kejohanan akhir Hoki
(lelaki) Piala KPN bagi tahun 2012 yang telah diadakan di Stadium Hoki
Majlis Perbandaran Seremban 2, Negeri Sembilan dengan
jayanya. Kejohanan tersebut telah bermula pada 07 Mei 2012 hingga hari
ini dengan 17 Kontinjen telah mengambil bahagian.
Di
perlawanan akhir, Kontinjen Selangor berjaya menewaskan Kontijen Bukit
Aman dengan kemenangan tipis 4-3 sekaligus menjadi Juara Hoki
(lelaki) Piala KPN bagi tahun ini dan Naib Johan telah disandang oleh
Kontinjen Bukit Aman.
Pada
perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan
dan kesungguhan yang tinggi bagi merebut kejuaraan kejohanan.
Tempat
ketiga telah disandang oleh Kontinjen Kelantan dan Kontinjen Johor di
tempat yang keempat. Megat Azrafiq bin Megat Termizi dari Kontinjen
Bukit Aman telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring
terbanyak pada kejohanan tersebut.
"Ucapan
syabas saya rakamkan kepada Kontinjen Negeri Sembilan serta semua pihak
yang terlibat di dalam menjayakan kejohanan pada kali ini. Tanpa usaha,
semangat kerjasama berpasukan dan perancangan yang teliti, sudah pasti
kejohanan sebegini, tidak akan menjadi kenyataan. Sesungguhnya semua
pemain yang terlibat di dalam kejohanan ini telah menunjukkan komitmen
dan kesungguhan yang tinggi di kejohanan pada kali ini untuk memastikan
pembangunan sukan hoki PDRM akan berterusan," Ujar YDH Dato' Sri Khalid
bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapan penutupan majlis
kejohanan Hoki (lelaki) Piala KPN 2012, hari ini.
PDRM
telah melahirkan ramai atlet yang mewakili negara dalam pelbagai jenis
sukan dan telah beberapa kali mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa dengan memenangi pelbagai kejohanan.
Warga
PDRM telah membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa Pasukan
PDRM mampu melahirkan atlet bertaraf antarabangsa seiring dengan
kemampuan serta menjalankan tugas yang turut mendapat pengiktirafan dan
pujian di peringkat antarabangsa. Justeru itu, melalui kejohanan seperti
ini PDRM akan dapat melahirkan lebih banyak permata sukan untuk Negara
dari kalangan atlet PDRM.
Usaha
yang dilakukan oleh Majlis Sukan PDRM dalam menganjurkan pelbagai
temasya sukan melalui Kejohanan Piala Ketua Polis Negara setiap tahun
akan menjadi satu faktor ke arah membentuk pasukan Polis Diraja Malaysia
sebagai satu pasukan yang berdisiplin, berintegriti, bertenaga, cergas
dan mantap, ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada bangsa,
agama dan negara. Semoga keyakinan serta kepercayaan masyarakat kepada
PDRM tidak akan terhakis malah akan berterusan.
Kejohanan
seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara
warga PDRM. Selain bertemu kenalan yang telah lama terpisah, para atlet
juga dapat bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan yang baru. Di
samping itu juga ia dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran yang
membina yang akan membawa kebaikan dan manfaat kepada pasukan.
Program
pada hari ini juga menyaksikan majlis penyampaian cek sumbangan kepada
balu bekas Jurulatih Pasukan Hoki PDRM dan pemain hoki dari Kontinjen
Selangor yang telah meninggal dunia.
Sekalung
tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah bergelar juara. Bagi
pasukan yang tidak berjaya, usah kecewa dan berputus asa, kerana sudah
menjadi adat permainan, ada yang kalah dan ada yang menang, yang penting
ialah iltizam untuk memantapkan lagi pasukan di kejohanan akan datang.
Turut
hadir pada kejohanan tersebut ialah YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene,
Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua Polis
Negeri Sembilan,YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua
Polis Selangor, YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka, YDH
SAC Dato' Abd Manan bin Mohd Hassan Timbalan Ketua Polis Negeri
Sembilan, Dif-dif jemputan serta Pegawai-Pegawai kanan PDRM.

Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara...

Antara tetamu Kohormat...

Pasukan Kontinjen Bukit Aman (Perlawanan Akhir)...

Pasukan Kontinjen Selangor (Perlawan Akhir)...


Sesi meregangkan otot sebelum memulakan perlawanan...

YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Presiden Hoki PDRM menandatangani bola hoki...


Perancangan strategi perlawanan...









Ketika aksi perlawanan berlangsung...

YDH SAC Dato' Abd Manan bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ketika menyampaikan ucapan...


Majlis
penyampaian cek sumbangan kepada balu kepada bekas Jurulatih Pasukan
Hoki PDRM dan pemain hoki dari Kontinjen Selangor yang telah meninggal
dunia...

YDH
Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
menyampaikan sijil penyertaan kepada semua Kontinjen yang terlibat...



Pemain terbaik kejohanan...

YDH
DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor
berkongsi kegembiraan di atas kemenangan pasukan Kontinjen Selangor...


Kalungan Tahniah...



Penyampaian cenderahati...

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika menyampaikan ucapan penutupan...


Pasukan Kontinjen Selangor (Johan)

Pasukan Kontinjen Bukit Aman (Naib Johan)

Pasukan Kontinjen Kelantan (Ketiga)

Pasukan Kontinjen Johor (Keempat)

Pasukan Kontinjen Negeri Sembilan

Pasukan Kontinjen Perlis

Pasukan Kontinjen Kedah

Pasukan Kontinjen Kuala Lumpur

Pasukan Kontinjen Melaka

Pasukan Kontinjen Briged Utara




Antara gelagat penonton yang hadir memberi sokongan....

Tajaan minuman rasmi daripada Milo...
Wartawan: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurugambar: L/kpl Shareel bin Shariman/L/kpl Mohd Helmi bin Saadin