Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Siapsiaga Hadapi War Of Perception

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
kita sentiasa menerima pujian daripada masyarakat apabila berjaya menyelesaikan sesuatu kes berprofil tinggi dalam masa yang singkat dan kerjasama kita di peringkat antarabangsa juga mendapat 'complim..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siapsiaga-hadapi-war-of-perception
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:40 MYT

"...fakta bahawa maklumat yang disebarkan melalui jaringan Internet atau multi-media adalah sesuatu yang boleh dieksploitkan mengikut kehendak seseorang individu, atau kumpulan yang mempunyai agenda-agenda tertentu dalam membentuk persepsi pengguna. Dalam kata lain, pendekatan sekarang adalah mengenai 'war of perception'...." - YDH Ketua Polis Negara

Bukit Aman, 10 Mei - "kita sentiasa menerima pujian daripada masyarakat apabila berjaya menyelesaikan sesuatu kes berprofil tinggi dalam masa yang singkat dan kerjasama kita di peringkat antarabangsa juga mendapat 'compliments' daripada agensi penguatkuasaan antarabangsa."

"Namun, seperti yang juga kita ketahui, terdapat kumpulan dan individu yang tidak senang dengan keadaan ini dan kini media sosial juga digunakan dengan meluas untuk mencemarkan imej PDRM di dalam dan di luar negara," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Logistik di Perkarangan Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Mengulas kenyataan tersebut, setiap warga PDRM tidak boleh duduk dan melihat perkembangan ini tanpa melakukan sesuatu yang drastik bagi menjaga reputasi dan maruah Pasukan.


"Sebab itulah saya menekankan aspek 'high-profile policing' atau program turun padang kepimpinan PDRM di semua lapisan untuk terus mendekatkan diri kepada masyarakat. Ini penting dan mestilah dilakukan secara berterusan. Jika kita tidak berbuat sedemikian, maka kita seolah-olah membiarkan persepsi negatif sesetengah kelompok masyarakat terhadap kita terus menebal dan seolah-olah ia adalah satu kenyataan," tegas beliau.

Pertingkat Imej Pasukan

"
Pertingkatkan imej pasukan kita dan cara yang terbaik ke arah pencapaian matlamat ini adalah dengan menghayati visi dan misi kita serta segala tindak-tanduk kita hendaklah berpaksikan kepada nilai-nilai profesionalisma serta kompetensi pasukan," tambahnya lagi.

Sebelum itu, YDH Ketua Polis Negara telah mengutarakan ucapan penghargaannya kepada pihak Jabatan Logistik yang telah berjaya mengatur dan menyediakan majlis yang julung kali dihadiri oleh YAB Perdana Menteri pada 12 April baru-baru ini dengan cukup sempurna.

Aspirasi Kualiti 3C Tampak Impak Positif

Beliau juga berbesar hati atas sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kalangan warga PDRM, tetapi yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat seperti program Kembara PDRM dan Karnival Pencegahan Jenayah yang telah sempurna diadakan di Melaka baru-baru ini.

"Kedua-dua acara besar ini memerlukan koordinasi dan kerjasama ke semua pihak; dan inilah manifestasi 'creativity, communication and collaboration' seperti yang selalu saya tegaskan perlu diterapkan di dalam semua peringkat dan lapisan dalam Pasukan," ujarnya.

Perhimpunan Bulanan Peringkat Jabatan pada hari ini adalah yang julung-julung kali diadakan di perkarangan Menara Satu Bukit Aman kerana sebelumnya perhimpunan-perhimpunan seumpamanya banyak berlangsung di Dataran Kompleks 3 Bukit Aman.

Turut hadir pada hari ini, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara memberikan tabik hormat kepada barisan Kawalan Kehormatan


Siapsiaga Hadapi War Of Perception
YDH Timbalan Ketua Polis Negara membalas tabik Hormat Panglima kepada Kawalan Kehormatan

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Juruacara majlis dikendalikan oleh Insp Zulkeflee dan ASP Shahidah

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Antara yang hadir menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
YDH Ketua Polis Negara membalas tabik Hormat Panglima yang diberikan oleh Kawalan Kehormatan

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
DSP Zaidy bin Che Hassan, Jabatan Logistik (Persenjataan) selaku Pegawai Baris pada pagi ini

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Upacara dimulakan dengan menaikkan 'Jalur Gemilang' serta nyanyian lagu Negaraku serta Sang Saka Biru

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Pemeriksaan baris oleh YDH Ketua Polis Negara diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Bacaan doa dipimpin oleh Insp. Muhammad Ridhuwan bin Zaini, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Bacaan Ikrar diketuai oleh ACP Mohd Yusoff bin Husain, Ketua Penolong Pengarah Logistik Bangunan

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Penyampaian ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Cawangan pancaragam PULAPOL Kuala Lumpur

Sekitar penyampaian Surat Penghargaan
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception


Sekitar ramah-mesra YDH Ketua Polis Negara bersama yang hadir
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception
Siapsiaga Hadapi War Of Perception


Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & L/Kpl Shareel bin Shariman

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM