Kuala Lumpur - Julai 2008. Pasukan Hoki Kontinjen Selangor telah memenangi kejuaraan berganda apabila menjuarai kategori Veteran (Piala Presiden) dan Piala Ketua Polis Negara pada Kejohanan Hoki (Lelaki) Piala KPN dan Piala Presiden 2008.
Kategori veteran kontinjen hoki Selangor telah membelasah kontinjen Kuala Lumpur dengan 2 gol tanpa balas. Sementara pasukan lelaki Selangor telah mengalahkan pasukan hoki Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan 3 gol berbalas 2 pada satu perlawanan yang sengit dan menghiburkan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH DCP Dato' Khalid , Ketua Polis Selangor dan SAC II Zaleha Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).
Kejohanan
yang bermula dari 21 Julai 2008 hingga 26 Julai 2008 telah berlangsung
di Stadium Hoki KL, Jalan Pantai Baru telah disertai oleh sebanyak 16
pasukan hoki kontinjen-kontinjen , briged-briged PGA dan pusat-pusat
latihan polis seluruh negara .

Sengit... Perlawanan antara pasukan Selangor dan pasukan PULAPOL (KL) cukup menghiburkan.

YDH CP Dato' Koh Hong Sun dan YDH DCP Dato' Khalid sedang menonton perlawanan.

Pasukan Selangor dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Hoki (Lelaki) Piala KPN dan Piala Presiden 2008