Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Ucapan Tahniah Sempena Kenaikan Pangkat

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Bukit Aman - 28 Julai 2008. Majlis Ucapan Tahniah Sempena Kenaikan Pangkat telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Majlis Tersebut Telah disempurnakan oleh Y.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-ucapan-tahniah-sempena-kenaikan-pangkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:18 MYT

Bukit Aman - 28 Julai 2008. Majlis Ucapan Tahniah Sempena Kenaikan Pangkat telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Majlis Tersebut Telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

Majlis tersebut diadakan untuk memberi penghargaan kepada lima orang pegawai polis yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini. Pegawai tersebut ialah YDH DCP Dato' Mortadza Bin Nazarene Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah, YDH DCP Datuk Wira Ayub Bin Hj Yaakob Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Dato' Robiah Bt Abdul Ghani Ketua Polis Pahang, YDH DCP Dato' Abdul Rahman Bin Hussain Timbalan Pengarah I (Gerakan) Jabatan KDN/KA dan YDH SAC I Mazlan Bin Mansor Ketua Polis Melaka.

Turut Hadir di majlis tersebut ialah Tan Sri Ismail bin Hj Omar Timbalan Ketua Polis Negara, pengarah-pengarah jabatan PDRM serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota PDRM.

Majlis Ucapan Tahniah Sempena Kenaikan Pangkat
YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Haji Hassan menyampaikan cenderahati YDH DCP Dato' Robiah Bt Abdul Ghani Ketua Polis Pahang. YDH DCP Dato' Robiah juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Polis Negeri.

Majlis Ucapan Tahniah Sempena Kenaikan Pangkat
dari kiri... YDH DCP Dato' Mortadza Bin Nazarene, YDH DCP Dato' Robiah Bt Abdul Ghani, YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Haji Hassan, YDH DCP Dato' Abdul Rahman Bin Hussain dan YDH SAC I Mazlan Bin Mansor.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM