Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selangor Juara Berganda

Published: 09 Jun 2014 8.13 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kuala Lumpur - Julai 2008. Pasukan Hoki Kontinjen Selangor telah memenangi kejuaraan berganda apabila menjuarai kategori Veteran (Piala Presiden) dan Piala Ketua Polis Negara pada Kejohanan Hoki (Lela..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selangor-juara-berganda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:13 MYT

Kuala Lumpur - Julai 2008. Pasukan Hoki Kontinjen Selangor telah memenangi kejuaraan berganda apabila menjuarai kategori Veteran (Piala Presiden) dan Piala Ketua Polis Negara pada Kejohanan Hoki (Lelaki) Piala KPN dan Piala Presiden 2008.

Kategori veteran kontinjen hoki Selangor telah membelasah kontinjen Kuala Lumpur dengan 2 gol tanpa balas. Sementara pasukan lelaki Selangor telah mengalahkan pasukan hoki Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan 3 gol berbalas 2 pada satu perlawanan yang sengit dan menghiburkan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH DCP Dato' Khalid , Ketua Polis Selangor dan SAC II Zaleha Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).

Kejohanan yang bermula dari 21 Julai 2008 hingga 26 Julai 2008 telah berlangsung di Stadium Hoki KL, Jalan Pantai Baru telah disertai oleh sebanyak 16 pasukan hoki kontinjen-kontinjen , briged-briged PGA dan pusat-pusat latihan polis seluruh negara .

Selangor Juara Berganda
Sengit... Perlawanan antara pasukan Selangor dan pasukan PULAPOL (KL) cukup menghiburkan.

Selangor Juara Berganda
YDH CP Dato' Koh Hong Sun dan YDH DCP Dato' Khalid sedang menonton perlawanan.

Selangor Juara Berganda
Pasukan Selangor dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Hoki (Lelaki) Piala KPN dan Piala Presiden 2008

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.13 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM