Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Published: 10 Jun 2014 5.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 38 orang bakal haji terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam PDRM yang bertugas di Bukit Aman telah diraikan oleh YDH KPN..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-menunaikan-ibadah-haji
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:28 MYT

Bukit Aman - 7 Oktober 2010. Seramai 38 orang bakal haji terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam PDRM yang bertugas di Bukit Aman telah diraikan dalam satu majlis oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia di Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman.

Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji PDRM Tahun 2010 bersamaan 1431 Hijrah  ini adalah anjuran Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman.

Hadir dimajlis tersebut ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Pemangku Pengarah JSJ Narkotik, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB), YDH SAC Dato' Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta bakal-bakal haji.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yassin oleh Ustaz Hassan AlFadhli bin Abdul Rahman, Imam Besar Masjid Bukit Aman dan bacaan doa selamat, seterusnya penyampaian cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara dan isteri kepada bakal-bakal haji.

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempat berpesan kepada bakal-bakal haji supaya menjaga kesihatan semasa menunaikan ibadah dan berdoa untuk kesejahteraan pasukan Polis Diraja Malaysia supaya terpelihara sentiasa dan memertabatkan pasukan supaya menjadi agensi penguatkuasaan yang dipandang tinggi dimata dunia.

Bakal-bakal haji akan berlepas mengikuti penerbangan yang pertama pada 9 Oktober 2010 dan terakhir pada 9 November 2010.

"Ya Allah, jadikanlah haji mereka haji yang mabrur, sa'ei mereka sa'ei yang disyukuri dan perniagaan mereka perniagaan yang tidak akan rugi dan dosa mereka dosa yang diampuni dengan rahmat Mu duhai Yang Maha Pengasih"



NAMA /PANGKAT


NAMA ISTERI / SUAMI YANG TURUT SERTA

1.

CP Datuk Mahsuri Bin Zainal

2.

DCP Dato' Robiah Bte Abd. Ghani

Dato' Ibrahim Bin Manas

3.

SAC Dato' Ahmad Bin Ibrahim

Datin Roziah Bte Yob Othman

4.

SAC Dato' Abdul Rahim Bin Abu Bakar

Datin Norazian Bte Haji Alias

5.

SAC Dato' Azri Bin Haji Ahmad

Datin Norliah Bte Haji Othman

6.

SAC Dato' Mohd Rodwan Bin Haji mohd Yusof

Datin Nor Faridah Ong Bin Abdullah

7.

SAC Dato' Tajudin Bin Isa

Datin Mastura Bte Haji Hashim

8.

ACP Farid Bin Mahmud

Puan Norehan Bte Roslan

9.

ACP Ahmad Marzuki Bin Haji Mohd Saad

Noryati Bte Ramli

10.

ACP Datin Laila Bte Haji Ali

SAC Dato' A. Rahman Bin Ahmad

11.

ACP Zulkifli bin Ali

Dr. Hafsah Bte Mohd Nor

12.

SUPT. Sharifah Aini Bte Syed Bab

Dato' Zulhasnan Najid Bin Baharudin

13.

DSP Zaiton Bte Md Noor

Abdul Hamid Bin Mohd Ali

14.

DSP Mohd Yusof Bin Jan Mohamad

Ain Robieh Bte Shamsudin

15.

DSP Zulkarnain Bin Zakaria

Puan Salmah Binti Abdul Kadir

16.

P/DSP Zamzam Khairini Binti Piei

17.

P/DSP Mazlina Binti AB. Malek

Mohd Badawi Bin Abu Bakar

18.

ASP Aminuddin Bin Dahlan

Siti Nurbaya Bte Muhamed Saleh

19.

ASP Hajah Rakiah Bte Ayub

20.

ASP Ahmad Salam Bin Hamdan

21.

ASP Mohd Hamidi Bin Daud

22.

ASP Mhd Radzi Bin Ahmad

23.

ASP Badrul Hisyam Bin Baharuddin

Norhayati Bte Idris

24.

ASP Rosli Bin Ahmad

Shafinaz Bte Abu Bakar

25.

ASP Jailani Bin Ali

26.

SI Ismail Bin Md. Zain

27.

SI/D Samsudin Bin Abdul Wahab

Puan Badariah Bte Ahmad

28.

SM/D Ahmad Bin Othman

Puan Aisah Bte Mamat

29.

SM Sa'diah Bte Md Dewi

30.

Sjn Jumari Bin Kasbiran

31.

L/KPL/S Masu'd Bin Majin

Puan Rosni Bte Md Taib

32.

Ustaz Zaidi Bin Haji Edward Al-Hafiz

Ustazah Kusnah Bte Kusaini Al-Hafiza

33.

Ustazah Siti Hamidah Bte Che Mat

34.

Puan Saripah Radziah Bte Mohamad

Hamrie Bin Mohd Saaie

35.

Encik Mohd Tahir Bin Kassan

Zainon Bte Awang

36.

Md. Hasir Bin Othman

Puan Rosananeny Bte Awang

37.

Azmi Binti Mustaffa

38.

Puan Saadah Bte Haji Zaid

Encik Baharudin Bin Haji Salleh



Senarai bakal-bakal Haji Bukit Aman 2010:
Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Antara YDH Dato'-Dato' Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir di Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji PDRM Tahun 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
tiga dari kanan...YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia bersama-sama pegawai-pegawai wanita dan ahli PERKEP.

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Hassan AlFadhli bin Abdul Rahman, Imam Besar Masjid Bukit Aman

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Ucapan ringkas dan nasihat oleh YDH Ketua Polis Negara kepada bakal-bakal haji

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan cenderahati kepada bakal-bakal haji.

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Supt. Datin Sharipah Aini binti Syed Bab bersama suami, Y.Bhg Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin menerima cenderahati daripada YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
YDH SAC Dato' Tajudin bin Md. Isa, Timbalan Pengarah II, JSJ Komersil dan isteri juga akan turut menunaikan ibadah haji.

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Selamat menunaikan ibadah haji, ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada YDH CP Dato' Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Ustaz Zaidi bin Haji Edward Al-hafiz dan isteri, Ustazah Kusnah binti Kusaini Al-Hafiza dari Pengurusan (BAKA)

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
YDH SAC Dato' Mohd Rodwan bin Haji Mohd Yusof, Ketua Polis Melaka dan Datin Nor Faridah Ong bin Abdullah

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Terharu diraikan dalam Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji PDRM Tahun 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
SI/D Samsudin bin Abdul Wahab bersama isteri...

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
DSP Zulkarnain bin Zakaria dari PULAPOL Air Hitam bersama isteri, Puan Salmah binti Abdul Kadir
ArticlePublished 10 Jun 2014 5.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM