Article
Selamat Kembali Ke Tanah Air Malfpu Briged Sabah
PDRM hari ini berbangga seterusnya mengharumkan nama negara Malaysia. Atas jasa dan bakti tiga puluh lapan pegawai dan orang anggota PDRM serta empat orang peg...
Sepang - 14 Mei 2011
PDRM hari ini berbangga seterusnya mengharumkan nama negara Malaysia. Atas jasa dan bakti tiga puluh lapan pegawai dan orang anggota PDRM serta empat orang pegawai/pembantu perubatan ATM yang telah menyahut seruan antarabangsa untuk membawa keamanan dan kesejahteraan di negara bergolak - Timor Leste.
Petang ini, seramai sembilan pegawai PDRM, dua puluh satu anggota PDRM serta empat orang pegawai/pembantu perubatan ATM telah selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport KLIA, Sepang. Hadir menyambut kepulangan perwira-perwira MALFPU (Malaysian Formed Police Unit) Briged Sabah adalah YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Y.Bhg Kolonel Dr. Mohd Rawi bin Mohd Nordin, Pengarah Perubatan Medan Angkatan Tentera Malaysia, YDH Supt. Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat dan Anggota Polis.
Misi UNMIT (United Nation Integrated Mission in Timor-Leste) diketuai oleh YDH ASP Micheal a/k Alangaram, Ketua Pegawai UNPOL (United Nations Police) telah berlangsung selama satu tahun bermula 1 Mei 2010 hingga 14 Mei 2011. Objektif utama UNMIT adalah membantu Timor Leste berada di dalam keadaan stabil disamping memastikan rakyatnya sentiasa berada dalam suasana yang aman dan selamat. Dalam tempoh itu, mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang disamping menjaga nama baik Polis DiRaja Malaysia khasnya serta negara Malaysia amnya.
"Saya mengalu-alukan kepulangan setiap pegawai dan anggota PDRM serta pegawai dan anggota perubatan ATM dari Timor Leste. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana terus mengharumkan nama negara di mata dunia dengan memberi perkhidmatan yang sangat baik semasa misi pengaman tersebut. Saya turu merakamkan ribuan terima kasih kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, khususnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia yang memberikan bantuan dalam bentuk fizikal atau material. Semoga kerjasama ini akan berterusan demi menjaga maruah negara yang tercinta ini", YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff mengakhiri ucapan majlis sambutan kepulangan Perwira-perwira UNMIT Timor Leste.

Ketibaan kumpulan UNPOL dan kumpulan perubatan ATM dari MALFPU disambut mesra

Dari kiri... Y.Bhg Kolonel Dr. Mohd Rawi bin Mohd Nordin, Pengarah Perubatan Medan Angkatan Tentera Malaysia, YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) dan YDH Supt. Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat

Syabas dan terima kasih... Anggota MALFPU dan Kumpulan Perubatan ATM

Ucapan daripada YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan)

Ucapan balas daripada YDH ASP Micheal a/k Alangaram, Ketua Pegawai UNPOL (United Nations Police)

Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo