Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm

Published: 11 Jun 2014 4.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Diraja Malaysia akan mengadakan beberapa demonstrasi dan persembahan seperti pertunjukkan Paramotor, Pancaragam PDRM, Kombo PDRM, Unit K9 PDRM dan Pasukan Gerakan Marin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-datang-ke-pameran-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:38 MYT
Putrajaya : 27 Mei 2011 . Selamat Datang Ke Pameran Polis DiRaja Malaysia...
Bertemakan 'Belia Pemangkin Transformasi', Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2011 di Putrajaya adalah usaha Kementerian Belia dan Sukan bagi menghimpunkan sejuta belia bermula 27 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011.

Sebanyak 220 program akan diadakan sepanjang sambutan itu, antaranya pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, pameran pelancongan, pendidikan, hartanah dan perhiasan, karnival  elektronik, persembahan kebudayaan serta gerai-gerai jualan, program-program keagamaan, perhimpunan-perhimpunan belia, pertunjukkan kenderaan, sukaneka dan lain-lain.

Polis Diraja Malaysia turut terlibat dengan mengadakan gerai-gerai pameran di Persint 2, berhadapan dengan Bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Antara jabatan yang terlibat ialah Cawangan Trafik Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik dan D11), Pasukan Gerakan Khas, Pasukan Gerakan Am, Unit Tindakan Khas, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan, Muzium PDRM, Cawangan Hal Ehwal Awam Bukit Aman,  Unit Persenjataan Bukit Aman dan Rakan Cop.

Polis Diraja Malaysia juga akan mengadakan beberapa demonstrasi dan persembahan seperti pertunjukkan Paramotor, Pancaragam PDRM, Kombo PDRM, Unit K9 PDRM, Pasukan Gerakan Marin dan pertunjukkan layang-layang.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan Karnival Himpunan Sejuta Belia.


Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Karnival Polis Diraja Malaysia di Persint 2, Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Antara kenderaan PDRM yang dipertontonkan...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Gerai Unit Tindakan Khas...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Pasukan Gerakan Khas...Komando 69

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Pasukan Gerakan Am

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Unit Persenjataan Bukit Aman...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Gerai pameran Pasukan Simpanan Persekutuan
Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Pasukan Gerakan Marin...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Rakan Cop...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Muzium PDRM...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Jabatan Siasatan Jenayah(Forensik dan D11)

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Cawangan Trafik Bukit Aman

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Kunjungan IKBN Chembong..'Click For a Gift' untuk mendapatkan 'goodies' apabila menjadi ahli Facebook Polis Diraja Malaysia di Gerai Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Dapatkan risalah-risalah Pencegahan Jenayah di gerai Cawangan Hal Ehwal Awam, Bukit Aman

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Mendapatkan maklumat berkaitan Pasukan Simpanan Persekutuan...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Mencuba senjata baru PDRM...

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm
Mendapatkan 'goodies' di Gerai Rakan Cop

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm

Selamat Datang Ke Pameran Pdrm

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman  dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArticlePublished 11 Jun 2014 4.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM