Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Putrajaya : 27 Mei 2011. Dalam rangka
melonjakkan penglibatan modal insan rakan kongsi dan sukarelawan kearah
melahirkan generasi bebas jenayah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan
Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri telah memeterai kerjasama
dalam aspek menyokong serta membuka ruang penglibatan golongan muda dalam aktiviti-aktiviti masyarakat.
Bagi memperkukuhkan pelaksanaan program, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia juga bekerjasama meningkatkan peranan golongan belia
remaja sebagai medium Rakan Cop dengan lebih berkesan.
Majlis menandatangani Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT), antara Polis Diraja Malaysia oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, diwakili oleh Y.Bhg Dato' Mohid bin Mohamed, Ketua Setiausaha KBS, disaksikan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Pentas Y-Avenue, Persint 4, Putrajaya pada petang ini.
Upacara berlangsung sempena Majlis Pelancaran Y-Avenue dan "Flag Off" Crime Awareness Team (CAT) oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Skuad
Rakan Muda Anti Jenayah ( Crime Awareness Team) mensasarkan penyertaan
seramai 10,000 ahli yang pada mulanya diperkenalkan di empat negeri
'hot spot' iaitu Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Sehingga Mei tahun 2011, seramai 3,592 ahli CAT yang berusia antara 15
hingga 25 tahun telah mendaftarkan diri dengan 47 aktiviti telah pun
dilaksanakan. Pada tahun ini, 1,500 program dirancang dilaksanakan dan
diperluaskan ke 222 kawasan Parlimen.
Setelah selesai majlis tersebut, YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YB Dato' Sri
Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia sambil diiringi oleh
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan 'Walkabout' dikawasan Persint 4, Putrajaya.
Hadir
sama di majlis tersebut ialah YB
Dato' Wira Abu Seman bin Yusop dan YB Dato' Lee Chee Leong,Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmud bin Adam, Ketua Setiausaha
KDN, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan
Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta
Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menunggu ketibaan YB Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di bangunan Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.
Ketibaan YB Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Ketibaan
YB Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri disambut mesra oleh
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
YB
Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Haji
Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin
Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan
Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Pegawai-pegawai Kanan dan
anggota trafik bergambar kenangan sebelum berkonvoi ke Persint 4,
Putrajaya.
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memandu sendiri kereta peronda Proton Inspira
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara juga turut memandu Proton Inspira
YB Dato' Seri Hishammuddin bin
Tun Hussein membawa motosikal trafik sehingga ke Pentas Y-Avenue, Persint 4,
Putrajaya
Anggota-anggota Cawangan Trafik yang bersama-sama mengiringi konvoi YB
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ke Pentas Y-Avenue, Persint 4, Putrajaya.
YB Dato' Sri
Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyambut ketibaan konvoi...
Antara belia-belia yang menyambut ketibaan YB
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
YDH Ketua Polis Negara bersama YB
Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Lafaz Perasmian oleh YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
Kerjasama
antara Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia bagi menjayakan Majlis Pelancaran Y-Avenue
Menandatangani Watikah
Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT), antara Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Watikah
Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT)...
"Flag Off" Crime Awareness Team (CAT) oleh YB Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Belia-belia dari berbilang kaum yang turut terlibat dalam 'On Wheel Crime Awareness Team'
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama anggota RELA...
YB
Dato'
Seri Hishammuddin bin Tun Hussein mengajak YDH Tan Sri Haji Ismail bin
Haji Omar menyertainya naik ke pentas ketika melawat 'Pink Village'...
Menyertai acara riadah di atas pentas...
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar juga turut menyertai acara riadah di pentas...
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid bersama YB
Dato' Wira Abu Seman bin Yusop bergambar kenangan bersama-sama belia yang memeriahkan Majlis Pelancaran Y-Avenue
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara
YB
Dato'
Seri Hishammuddin bin Tun Hussein melaungkan kata-kata semangat kepada
belia-belia yang hadir sebelum meninggalkan majlis...
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara meninggalkan majlis..
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin