Prestasi Cemerlang Dihargai Dikenang
Bukit Aman, 5 Disember 2011 - "Jabatan Logistik akan lebih agresif dalam memastikan warganya diberi latihan dan pendedahan yang mencukupi bagi menghasilkan kualiti kerja yang setanding dengan yang terbaik sekaligus membantu dalam merealisasikan kehendak penyampaian perkhidmatan berteraskan outcome" ucap YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM dalam ucapannya berkongsi dengan warga Logistik mengenai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Logistik Bukit Aman yang mana skim ini telah dibentang oleh YAB Perdana Menteri dalam bajet yang lepas.
Turut berlangsung semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Logistik Bukit Aman ini adalah penyampaian surat penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 KEPADA seramai 110 Pegawai, Anggota dan Pegawai Awam.
YDH Dato' Zubaidah binti Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik I mendahului senarai penerima surat penghargaan ini. Pengiktirafan yang diberi ini adalah berdasarkan penilaian prestasi kerja mereka sepanjang tahun 2010.
"Syabas dan tahniah kepada semua yang berkenaan. Semoga ini akan menjadi penggerak motivasi kepada tuan-tuan dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk terus meningkatkan khidmat bakti kepada pasukan dan Negara" ujar YDH CP Dato Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM bagi mengakhiri ucapan beliau seterusnya menyempurnakan penyampaian surat penghargaan kepada Pegawai, Anggota serta Pegawai Awam yang menerima penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada hari ini.

Ketibaan YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM di Dewan PERKEP Bukit Aman.

Pegawai-pegawai kanan Jabatan Logistik berada di atas pentas bagi memulakan acara.

Upacara melafaz ikrar.

Ucapan oleh YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM menyempurnakan penyampaian surat penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)




YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM senasa sidang media di akhir majlis.
Jurufoto & Wartawan : Konst Raymond