Kuala Lumpur, 8 Mac – “Pegawai yang berdisiplin akan menjadikan kita lebih maju dan berdaya saing,” pesan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab dalam ucapannya semalam.
Berucap sempena Majlis Makan Malam Sempena Persaraan SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab dan isteri, Datin Zawiyah Abu Hassan di Hotel Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan malam tadi, beliau turut menekankan perlunya keberanian untuk mencetuskan idea baharu demi meningkatkan mutu perkhidmatan kita (PDRM) kerana ianya akan membuka mata pihak lain untuk menghargai dan menghormati kita.
Beliau telah menyertai PDRM sejak 1976 dan akan menjalani persaraan wajib pada 12 Mac ini.
Selama tempoh beliau bertugas dalam PDRM, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan dan telah melakukan pelbagai sumbangan dalam memastikan nama pasukan terus gah.
Ini turut diakui oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun bahawa pemergian SDCP Dato’ Shabudin selepas ini akan menjadi satu kehilangan kepada pasukan kerana kepakaran beliau dalam tugas risikan dan pentadbiran.
Hanya doa dan ucapan terima kasih mampu kami ucapkan kepada SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab atas jasanya terhadap PDRM selama ini.
Selamat Bersara Dato’!
Ketibaan SDCP Dato' Shabudin Abdul Wahab....
sesi bergambar kenangan...
Sesi bergambar kenangan..
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan program pada hari ini..
Persembahan yang mengiringi perjalanan majlis pada hari ini..
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun..
Ucapan balas daripada SDCP Dato' Shabudin Abdul Wahab...
sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun kepada SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab..
Sesi bergambar kenangan...