Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Upacara yang bermula sekitar 7 pagi ini didahului dengan perarakan masuk Panji Utama PDRM ke dalam medan perbarisan, disusuli dengan ketibaan YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Neg..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sekitar-upacara-perbarisan-sempena-peringatan-hari-polis-ke-204
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT

Kuala Lumpur , 25 Mac 2011 - Genap hari ini, PDRM sudah berusia 204 tahun dalam memikul tugas mengekalkan keamanan negara bagi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Bertempat di Dataran Kawad Pulapol Kuala Lumpur, telah berlangsung Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke 204 yang juga merupakan acara tahunan dalam kelendar PDRM.

Upacara yang bermula sekitar 7 pagi ini didahului dengan perarakan masuk Panji Utama PDRM ke dalam medan perbarisan, disusuli dengan ketibaan YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri dan YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama isteri.

Majlis kemudiannya diselangi dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein dengan diiringi YDH Ketua Polis Negara, diikuti dengan upacara menaikkan bendera 'Jalur Gemilang' serta nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.

Acara lintas hormat seterusnya mengisi slot upacara pada hari ini dengan Detachment Kawalan Kehormatan mendahului perbarisan diikuti Detachment Tugas Am, Detachment Cawangan Trafik, Detachment gabungan 3 jabatan - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Detachment Pasukan Gerakan Marin (PGM), Detachment Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Detachment  Polis Orang Asli (Senoi Praaq), Detachment Pasukan Gerakan Am (PGA), Detachment Pasukan Pengaman PBB dan Detachment Pasukan Polis Bantuan.

Turut mewarnai acara lintas hormat tersebut, penyertaan daripada Unit K9 PDRM, Unit Berkuda PDRM, Unit Kenderaan Rasmi Pasukan, Unit Pancaragam PDRM dan Lintas Hormat Udara oleh Unit Udara PDRM.

Upacara ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara diikuti amanat daripada YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia dan dilanjutkan dengan Upacara Lafaz Ikrar Taat Setia Warga PDRM.

Panji Utama PDRM seterusnya diiringi dan diarak keluar oleh Kawalan Kehormatan untuk memberi laluan kepada upacara Penyampaian Anugerah dan Sijil kepada warga PDRM dan penjawat awam atas khidmat cemerlang dan jasa bakti mereka terhadap Pasukan PDRM. Aturcara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas 'Friend Of The Police'  dan juga upacara simbolik Penyampaian Sumbangan Kenderaan Pasukan oleh Kumpulan MTD Capital Berhad.

Perjalanan upacara perbarisan ini tiba-tiba dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dan menyaksikan Pasukan Vat 69 Komando mengambil tempat serta mempersembahkan 'Gayung Perang' juga dikenali sebagai 'war chant' dengan aksi mereka yang cukup menarik.

Upacara ini turut menyaksikan Pelancaran Buku 'Warisan Darah Perwira Sang Saka Biru' , lambang kerjasama PDRM, Institut Integriti Malaysia dan Arkib Negara Malaysia dalam menghasilkan buku ini.

YB Dato' Seri Hishammuddin turut menerima penghormatan penyematan Sayap Kehormat Payung Terjun 69 Komando sebagai satu penghargaan dan penghormatan tertinggi PDRM.

Acara kemudiannya diteruskan dengan sorakan Khidmat Mesra Kepada Masyarakat dan Negara dan sebagai penutup upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke 204 ini, hadirin-hadirin bersama-sama menyanyikan lagu Tegas, Adil dan Berhemah serta Polis Sedia Berkhidmat.

Setelah selesai, semua hadirin beredar ke Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur untuk menyaksikan upacara  seterusnya, Pelancaran PS5T-II (2011-2015) dan Upacara Pelancaran CD Lagu-Lagu Pancaragam Polis Diraja Malaysia yang disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Ketibaan YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri disambut oleh YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri memeriksa Kawalan Kehormatan


Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Kemesraan YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri kepada hadirin yang hadir di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Bacaan Doa, dipimpin oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman.

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Perbarisan Lintas Hormat...mendahului perbarisan ialah detachment Kawalan Kehormatan, diketuai Pegawai Perintah Baris, DSP Alekzandra Dawam dan Penolong Pegawai Perintah Baris, ASP Nazrul Azwan Nazri beserta 103 anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan dan pembawa Panji Utama Polis Diraja Malaysia, Insp. Mohd Saiful Izwan Mohd Ali.

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Detachment Tugas Am...

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
C/Insp Kamaruzzaman Salleh mengetuai detachment Cawangan Trafik

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Detachment Pasukan Simpanan Persekutuan, diketuai oleh ASP Khairi Anuar Rosli

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Polis Orang Asli ataupun dikenali sebagai Senoi Praaq

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Unit K9 diketuai oleh C/Insp Kannan Murugiah

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Lintas Hormat detachment kenderaan Pasukan Polis...Motosikal Honda ST 1300

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Helikopter jenis Ecureuil AS 355N...

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Upacara melafaz ikrar taat setia diketuai oleh YDH SAC Mohd Shahrizan bin Che Mat Din, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
YDH Pengarah-Pengarah Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM turut bersama-sama melafazkan ikrar

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Penerima-penerima Anugerah Juara Penuh Disiplin...

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Anugerah Penyeliaan...Sarjan Mejar 71319 Hussin bin Mohd Ali dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Insp. Mohana Sundram a/l Vre-Jenan dari JSJN, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Anugerah Khas 'Friend Of The Police'...Y.Bhg Profesor Madya Dato' Dr Mohd Ramzisham bin Abdul Rahman, Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian PASCA Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Sebanyak 13 unit kenderaan Mitsubishi Lancer 2.0 dan 1 unit Mitsubishi Pajero Sport telah disumbangkan oleh Kumpulan MTD untuk Polis Peronda Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1...Y.Bhg Dato' Azmil bin Dato' Khalid, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, menyerahkan replika kunci kepada YDH Ketua Polis Negara

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Persembahan Khas oleh unit elit Polis Diraja Malaysia, 69 Komando dengan persembahan 'Gayung Perang'...

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Gimik pelancaran 'Buku Warisan Darah Perwira Sang Saka Biru'

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
YDH Ketua Polis Negara menyerahkan 'Buku Warisan Darah Perwira Sang Saka Biru' kepada YB Menteri Dalam Negeri

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
YDH SAC Dato' Mohd Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) menyematkan 'Sayap Kehormat Payung Terjun 69 Komando' kepada YB Menteri Dalam Negeri

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Panji Utama Polis Diraja Malaysia diarak keluar dari medan perbarisan

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
YB Menteri Dalam Negeri dan YDH Ketua Polis Negara memberi 'Tabik Hormat' kepada Panji Utama

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Upacara Pelancaran PS5T-II (2011-2015) di Dewan Pengaman

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Upacara Pelancaran CD Lagu-Lagu Pancaragam Polis Diraja Malaysia ' The Beat  Goes On' yang disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Bergambar kenangan dengan pesara-pesara VAT 69 Komando dan keluarga...

Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Bergambar kenangan bersama YB Menteri Dalam Negeri


Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor, L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman 
                  dan L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin dan Insp. Md Aruwan bin Md Amilah

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM