Malaysia Antara Bandar Ke 22 Selamat Di Dunia
Kuala Lumpur , 25 Mac 2011
- "Saya dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Global Peace Index
telah meletakkan Malaysia ditangga ke-22 daripada 149 negara yang paling
selamat di dunia, berbanding dengan kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan
ke-26 pada tahun 2009." ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara.
Berucap
semasa Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun di
Dataran Kawad Pulapol Kuala Lumpur hari ini, beliau menjelaskan di
peringkat Asia Pasifik pula Malaysia berada di tempat ke 4 di belakang
New Zealand, Jepun dan Australia, dan ini merupakan satu pencapaian yang
memberangsangkan dan PDRM akan memastikan prestasi ini dapat
dipertingkatkan pada masa akan datang.
Beliau menambah, dalam
konteks keyakinan masyarakat dan rasa takut menjadi mangsa jenayah,
kajian yang dijalankan oleh Taylor Nelson Sofres (TNS) Research
International Malaysia mendapati keyakinan masyarakat terhadap PDRM
telah meningkat kepada 55.8% dalam tempoh suku terakhir tahun 2010
berbanding 42.2% bagi tempoh suku kedua tahun 2010.
Sementara
itu, dalam tempoh suku terakhir tahun 2010, rasa takut menjadi mangsa
jenayah telah menurun kepada 52.8% berbanding 55.1% bagi tempoh suku
kedua tahun 2010.
Beliau turut menjelaskan pendekatan PDRM berinteraksi dengan masyarakat secara face to face dan amalan stop and talk
dilihat sebagai satu kaedah yang sesuai untuk mendampingi rakyat bagi
meraih kerjasama di dalam mendapatkan maklumat serta pencegahan jenayah.
"Pewujudan Facebook merupakan satu sumber yang boleh memberi ruang yang lebih bebas kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan PDRM,"ujarnya lagi.

Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur