Sekitar Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204
Kuala Lumpur , 25 Mac 2011 -
Genap hari ini, PDRM sudah berusia 204 tahun dalam memikul tugas
mengekalkan keamanan negara bagi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Bertempat di Dataran
Kawad Pulapol Kuala Lumpur, telah berlangsung Upacara Perbarisan Sempena
Peringatan Hari Polis ke 204 yang juga merupakan acara tahunan dalam
kelendar PDRM.
Upacara yang bermula
sekitar 7 pagi ini didahului dengan perarakan masuk Panji Utama PDRM ke
dalam medan perbarisan, disusuli dengan ketibaan YDH Datuk Hussin bin
Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YDH Tan Sri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri dan YB
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama
isteri.
Majlis kemudiannya
diselangi dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YB Dato' Seri
Hishamuddin bin Tun Hussein dengan diiringi YDH Ketua Polis Negara,
diikuti dengan upacara menaikkan bendera 'Jalur Gemilang' serta nyanyian
lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
Acara lintas hormat
seterusnya mengisi slot upacara pada hari ini dengan Detachment Kawalan
Kehormatan mendahului perbarisan diikuti Detachment Tugas Am, Detachment
Cawangan Trafik, Detachment gabungan 3 jabatan - Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Detachment Pasukan Gerakan Marin
(PGM), Detachment Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Detachment Polis
Orang Asli (Senoi Praaq), Detachment Pasukan Gerakan Am (PGA),
Detachment Pasukan Pengaman PBB dan Detachment Pasukan Polis Bantuan.
Turut mewarnai acara
lintas hormat tersebut, penyertaan daripada Unit K9 PDRM, Unit Berkuda
PDRM, Unit Kenderaan Rasmi Pasukan, Unit Pancaragam PDRM dan Lintas
Hormat Udara oleh Unit Udara PDRM.
Upacara ini diteruskan
dengan ucapan alu-aluan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara diikuti amanat daripada YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun
Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia dan dilanjutkan dengan Upacara
Lafaz Ikrar Taat Setia Warga PDRM.
Panji Utama PDRM
seterusnya diiringi dan diarak keluar oleh Kawalan Kehormatan untuk
memberi laluan kepada upacara Penyampaian Anugerah dan Sijil kepada
warga PDRM dan penjawat awam atas khidmat cemerlang dan jasa bakti
mereka terhadap Pasukan PDRM. Aturcara diteruskan dengan penyampaian
Anugerah Khas 'Friend Of The Police' dan juga upacara simbolik Penyampaian Sumbangan Kenderaan Pasukan oleh Kumpulan MTD Capital Berhad.
Perjalanan upacara
perbarisan ini tiba-tiba dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dan
menyaksikan Pasukan Vat 69 Komando mengambil tempat serta
mempersembahkan 'Gayung Perang' juga dikenali sebagai 'war chant' dengan aksi mereka yang cukup menarik.
Upacara ini turut
menyaksikan Pelancaran Buku 'Warisan Darah Perwira Sang Saka Biru' ,
lambang kerjasama PDRM, Institut Integriti Malaysia dan Arkib Negara
Malaysia dalam menghasilkan buku ini.
YB Dato' Seri
Hishammuddin turut menerima penghormatan penyematan Sayap Kehormat
Payung Terjun 69 Komando sebagai satu penghargaan dan penghormatan
tertinggi PDRM.
Acara kemudiannya
diteruskan dengan sorakan Khidmat Mesra Kepada Masyarakat dan Negara dan
sebagai penutup upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke 204
ini, hadirin-hadirin bersama-sama menyanyikan lagu Tegas, Adil dan
Berhemah serta Polis Sedia Berkhidmat.
Setelah
selesai, semua hadirin beredar ke Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur
untuk menyaksikan upacara seterusnya, Pelancaran PS5T-II (2011-2015)
dan Upacara Pelancaran CD Lagu-Lagu Pancaragam Polis Diraja Malaysia
yang disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Ketibaan
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
disambut oleh YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis
Negara.
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri memeriksa Kawalan Kehormatan
Kemesraan
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri kepada
hadirin yang hadir di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur
Bacaan Doa, dipimpin oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman.

Perbarisan
Lintas Hormat...mendahului perbarisan ialah detachment Kawalan
Kehormatan, diketuai Pegawai Perintah Baris, DSP Alekzandra Dawam dan
Penolong Pegawai Perintah Baris, ASP Nazrul Azwan Nazri beserta 103
anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan dan pembawa Panji Utama
Polis Diraja Malaysia, Insp. Mohd Saiful Izwan Mohd Ali.
Detachment Tugas Am...
C/Insp Kamaruzzaman Salleh mengetuai detachment Cawangan Trafik
Detachment Pasukan Simpanan Persekutuan, diketuai oleh ASP Khairi Anuar Rosli
Polis Orang Asli ataupun dikenali sebagai Senoi Praaq
Unit K9 diketuai oleh C/Insp Kannan Murugiah
Lintas Hormat detachment kenderaan Pasukan Polis...Motosikal Honda ST 1300
Helikopter jenis Ecureuil AS 355N...
Upacara
melafaz ikrar taat setia diketuai oleh YDH SAC Mohd Shahrizan bin Che
Mat Din, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis Bencana, Maktab PDRM
Kuala Lumpur
YDH Pengarah-Pengarah Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM turut bersama-sama melafazkan ikrar
Penerima-penerima Anugerah Juara Penuh Disiplin...
Anugerah Penyeliaan...Sarjan Mejar 71319 Hussin bin Mohd Ali dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka
Insp. Mohana Sundram a/l Vre-Jenan dari JSJN, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya
Anugerah
Khas 'Friend Of The Police'...Y.Bhg Profesor Madya Dato' Dr Mohd
Ramzisham bin Abdul Rahman, Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian PASCA Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Sebanyak
13 unit kenderaan Mitsubishi Lancer 2.0 dan 1 unit Mitsubishi Pajero
Sport telah disumbangkan oleh Kumpulan MTD untuk Polis Peronda Lebuhraya
Pantai Timur Fasa 1...Y.Bhg Dato' Azmil bin Dato' Khalid, Presiden dan
Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, menyerahkan replika kunci kepada YDH
Ketua Polis Negara
Persembahan Khas oleh unit elit Polis Diraja Malaysia, 69 Komando dengan persembahan 'Gayung Perang'...
Gimik pelancaran 'Buku Warisan Darah Perwira Sang Saka Biru'
YDH Ketua Polis Negara menyerahkan 'Buku Warisan Darah Perwira Sang Saka Biru' kepada YB Menteri Dalam Negeri
YDH
SAC Dato' Mohd Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA
(PGK) menyematkan 'Sayap Kehormat Payung Terjun 69 Komando' kepada YB
Menteri Dalam Negeri
Panji Utama Polis Diraja Malaysia diarak keluar dari medan perbarisan
YB Menteri Dalam Negeri dan YDH Ketua Polis Negara memberi 'Tabik Hormat' kepada Panji Utama

Upacara Pelancaran PS5T-II (2011-2015) di Dewan Pengaman

Upacara
Pelancaran CD Lagu-Lagu Pancaragam Polis Diraja Malaysia ' The Beat
Goes On' yang disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Bergambar kenangan dengan pesara-pesara VAT 69 Komando dan keluarga...
Bergambar kenangan bersama YB Menteri Dalam Negeri
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor, L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
dan L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin dan Insp. Md Aruwan bin Md Amilah