Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Published: 11 Jun 2014 5.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kepimpinan Koperasi harus sedaya-upaya dalam mempertingkatkan pendapatan koperasi dan anak-anak syarikat juga harus inovatif, kreatif serta bijak dalam mencari peluang pekerjaan,' ujar YDH IG Tan Sri..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sekitar-perasmian-mesyuarat-agung-perwakilan-tahunan-ke-76-koperasi-polis-diraja-malaysia-berhad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:30 MYT

Kuala Lumpur , 22 Jun - "Kepimpinan Koperasi harus sedaya-upaya dalam mempertingkatkan pendapatan koperasi dan anak-anak syarikat juga harus inovatif, kreatif serta bijak dalam mencari peluang pekerjaan," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail, Ketua Polis Negara yang juga merupakan Yang Dipertua Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPD) semasa perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH) hari ini.


Sebelum itu, Y.Bhg Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPD) dalam ucapannya telah mengemukakan strategi-strategi koperasi dalam menyusun semula pengurusan koperasi, memperkenalkan semula pelaksanaan aktiviti koperasi, meningkatkan kecairan koperasi dan perbelanjaan berhemah dalam kos koperasi.


Tambah beliau lagi, prestasi KPD juga telah mencapai keuntungan pada 2010 sehingga 29.4 peratus iaitu RM 28,967,030 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 20,452,109 dan ini menggambarkan keberkesanan pengoperasian KPD berbanding lain-lain koperasi di negara ini.


Perasmian diteruskan dengan upacara Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Eksekutif dan Bukan Eksekutif, diikuti Anugerah Penyampaian Pencarum Terbanyak, Penyampaian Cek Pampasan kepada keluarga Allahyarham Konst/P 181833 Mohamad bin Siman yang meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus di Pulapol Kuala Lumpur serta Penyampaian Cek Sumbangan kepada KPD dan Tabung Kebajikan PDRM.


Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Y.Bhg Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad semasa menyampaikan ucapan.

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
YDH Ketua Polis Negara semasa menyampaikan ucapan perasmian..

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Anugerah Pekerja Terbaik Kategori Bukan Eksekutif.. Pn. Hamizan binti Ahmad.

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Anugerah Pekerja Terbaik Kategori Eksekutif...Puan Hajjah Zaitun bt Zakaria..

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Anugerah Pencarum Terbanyak.. Balbara Singh A/L Hardit Singh (IPD Cheras) dan Sarjit Singh A/L Mahender Singh (Maktab PDRM KKB).

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Waris Allahyarham Konst/P 181833 Mohamad bin Siman bersama YDH Ketua Polis Negara.

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 76 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Pengerusi KPD, Y.Bhg Dato' Mohd Amir Sulaiman menyampaikan cek sumbangan kepada YDH Ketua Polis Negara mewakili Tabung Kebajikan PDRM.


Wartawan      :    L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto       :    Kons. Raymond Martin
Penyunting    :    Insp. Md Aruwan bin Amilah

ArticlePublished 11 Jun 2014 5.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM