
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar kenangan ini diambil ketika anggota Trafik Cawangan Georgetown, Pulau Pinang menjalani latihan ringkas di pejabat sebelum keluar memulakan tugas kawalan lalu lintas sekitar tahun 1957.
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#03032023