Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Artikel Pilihan Pdrm Gerakkan 369 Anggota Ke Negeri Terjejas Banjir

Diterbitkan: 03 Mar 2023 12.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 369 pegawai dan anggota lain-lain pangkat bagi membantu mangsa banjir yang melanda lima negeri di seluruh negara termasuk Johor, sejak kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-artikel-pilihan-pdrm-gerakkan-369-anggota-ke-negeri-terjejas-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Kuala Lumpur, 3 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 369 pegawai dan anggota lain-lain pangkat bagi membantu mangsa banjir yang melanda lima negeri di seluruh negara termasuk Johor, sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan banjir di Johor pada kali ini sebagai yang terburuk berlaku di negeri itu sejak 2006.

Katanya, pelbagai sumber tenaga manusia seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, (NADMA) dan agensi penyelamat lain digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Bagi PDRM, kita gerakkan 369 anggota dalam pasukan untuk membantu meredakan kesulitan yang dihadapi (mangsa banjir), dan ini sebahagian daripada keseluruhan anggota yang terbabit.

"Balai Polis Chaah juga ditenggelami air berikutan banjir di Segamat. Sehubungan itu, operasi di balai terbabit akan dihentikan sementara waktu sehingga proses baik pulih selesai dijalankan.

Mengenai Balai Polis Bahau, operasi di balai terbabit masih berjalan seperti biasa dan aktiviti kepolisan diteruskan walaupun sebahagian pagar roboh akibat banjir," katanya ketika sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-gerakkan-369-anggota...

ArtikelDiterbitkan 03 Mar 2023 12.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM