
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar kenangan ini diambil ketika anggota polis wanita daripada Cawangan Tugas Am, Pasukan Polis Hutan dan Pasukan Simpanan Persekutuan membaca lafaz ikrar sempena sambutan Hari Polis ke-172 yang diadakan pada tahun 1979.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.