Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sebenarnya My Mesej Palsu Tular Individu Mengerjakan Umrah Dijangkiti Penyakit Mers Cov

Published: 27 Dec 2017 9.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
PALSU: Anggota Keluarga Yang Mengerjakan Ibadah Umrah Dijangkiti Penyakit MERS-CoV?
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebenarnya-my-mesej-palsu-tular-individu-mengerjakan-umrah-dijangkiti-penyakit-mers-cov
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT


PALSU: Anggota Keluarga Yang Mengerjakan Ibadah Umrah Dijangkiti Penyakit MERS-CoV?

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat anggota keluarga seorang wanita yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada paparan di ruangan Twitter oleh seorang wanita mengenai anggota keluarganya yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV. Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik pesakit tersebut didapati negatif bagi jangkitan MERS-CoV.

Pemantauan yang berterusan oleh pihak KKM, bermula penghujung 2012 sehingga kini merekodkan lebih dari 3,000 orang dalam kalangan jemaah haji / umrah dan pelawat yang melawat negara dijangkiti telah menunjukkan gejala MERS-CoV. Namun begitu, ujian MERS-CoV yang dijalankan ke atas mereka kesemuanya didapati negatif kecuali kes yang pernah dilaporkan pada April 2014 melibatkan seorang lelaki berumur lingkungan lima puluhan yang baru pulang dari mengerjakan umrah.

Sumber: Portal SEBENARNYA.MY

ArticlePublished 27 Dec 2017 9.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM