Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Scam Alert Keratan Akhbar Pilihan Ambil Serius Ancaman Phishing Israel

Diterbitkan: 19 May 2021 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 19 Mei 2021 - Rakyat Malaysia tidak harus memandang ringan terhadap ancaman Israel berhubung kempen penggodaman “phishing” yang mereka lancarkan ke atas negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/scam-alert-keratan-akhbar-pilihan-ambil-serius-ancaman-phishing-israel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:28 MYT
Shah Alam, 19 Mei 2021 - Rakyat Malaysia tidak harus memandang ringan terhadap ancaman Israel berhubung kempen penggodaman “phishing” yang mereka lancarkan ke atas negara ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, rakyat negara ini harus mempunyai sekurang-kurangnya teknik asas bagi mengelakkan insiden “phishing”, iaitu sejenis jenayah siber yang bertujuan mencuri data pengguna.

Dr. Noor Nirwandy turut menggesa pengguna agar tidak mudah tertarik dengan iklan-iklan yang menawarkan pelbagai keuntungan lumayan.

“Mereka juga perlu berhati-hati apabila membuka emel yang diragui khususnya emel yang bukan datang daripada sumber yang dipercayai,” jelasnya.

Sementara itu, Pakar Keselamatan Siber, Encik Fong Choong Fook memberikan beberapa panduan kepada orang ramai supaya tidak terperangkap dengan kempen “phishing” berkenaan.

Antara panduan tersebut ialah orang ramai perlulah sentiasa mengemas kini berita-berita mengenai sekuriti siber.

“Jangan percaya 100 peratus kepada maklumat berasal daripada emel, nombor telefon yang tidak dikenali, sentiasa berwaspada dan membuat semakan serta mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan atau keluarga sebelum membuat apa-apa tindakan yang diminta," kata Encik Choong Fook.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 19 May 2021 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM